Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
February 27, 2013
Manifesto PR - Hanya Janji Syaitan
Manifesto pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam, disifatkan tidak lebih seperti risalah 'jualan murah penghujung tahun' untuk meraih sokongan rakyat.
Beberapa pemimpin berpendapat, manifesto itu juga hanyalah janji retorik yang sekadar menawarkan hadiah bulan dan bintang kepada pengundi dan mustahil untuk direalisasikan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, intipati manifesto itu merupakan cebisan ucapan pemimpin pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah politik beliau di seluruh negara sebelum ini.
"Manifesto itu langsung tidak mencerminkan satu kaedah tawaran yang efisien, konsisten, komprehensif dan berkualiti untuk manfaat rakyat," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, manifesto pembangkang itu juga jelas tidak meletakkan kepentingan Melayu sebagai kaum majoriti negara ini dan tidak dinyatakan secara khusus usaha ke arah meningkatkan syiar Islam seperti terkandung dalam Perlembagaan.
"Ini bermakna manifesto pembangkang tidak berani berterus-terang menyebut untuk menjaga kepentingan pribumi kerana terikat dengan dominasi DAP sebagai pencatur kepada hala tuju pakatan tersebut," katanya.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, manifesto PKR-DAP-Pas itu dibuat hanya sekadar untuk menambat hati rakyat tetapi tidak meneliti di segi keupayaan kewangan negara.
"Manifesto itu dirangka berasaskan sentimen meraih sokongan dan mereka yang merancangnya tidak mempunyai pengalaman dalam kerajaan manakala ekonomi kerajaan sekarang dirancang dan dipandu oleh pakar daripada pelbagai institusi. Ini merupakan dokumen yang boleh ditulis oleh sesiapa," katanya.
Sebenarnya manifesto PR ni tak payah nak percaya. Tengok sendiri sudah apa yang PR ni buat untuk orang Selangor, P.Pinang dan Kedah. Begitu banyak kerosakkan yang telah mereka lakukan. Malah kezaliman keatas umat islam menjadi jadi di P.Pinang. Janji manifesto yang lepas pun mereka tak tunaikan. Dan sekarang mereka hendak berjanji sesuatu yang baru pula.
Gunakanlah akal yang Allah dah kurniakan kepada kita. Tolak PR habis habisan. Jangan diberi satu undipun kepada mereka. Insyaallah kita akan selamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment