Geng Bas Sekolah

February 11, 2013

Kerajaan Terlepas Pandang Skim Polis ?


Beberapa hari lepas, seorang anggota polis berbisik kepada saya, melahirkan ketidakpuasan hatinya mengenai skim perkhidmatan polis yang tidak sebaik skim perkhidmatan tentera. Sedangkan dari segi menjaga keselamatan negara, lebih berat berada dipundak mereka.Tersentak saya, memandangkan saya bekerja di sebuah institusi keselamatan dan pertahanan.

Setelah disiasat, rupanya benar, skim tentera lebih baik daripada skim polis. Sama juga, isu kadangkala skim guru lebih baik daripada skim pensyarah. Apakah kerana bilangan tentera dan guru lebih ramai, dan mempengaruhi undi, maka, mereka lebih diberikan keutamaan?

Semua jenis perkhidmatan memberikan sumbangan yang besar kepada negara, walau sekecil mana pun kuantitinya. Pendek kata, setiap individu atau mempunyai kekuatan dan sumbangan masing-masing.Tidak boleh diperkecilkan. Namun, sudah tentu ada beberapa kelebihan atau kredit kepada sektor-sektor tertentu. Itupun bukan bermakna kita boleh melakukan ‘diskriminasi’.

Perlu diingat, sektor keselamatan yang kita anggap penting, tidak hanya merujuk kepada ketenteraan. Keselamatan bukanlah semata-mata pertahanan. Pertahanan adalah adalah sebahagian daripada keselamatan. Pertahanan pula bukanlah semata-mata ketenteraan. Ketenteraan itu adalah sebahagian daripada pertahanan. Adalah dangkal jika kita merujuk pertahanan itu ketenteraan, seperti mana kita lihat seolah-olah menteri pertahanan itu, adalah menteri tentera. Sedangkan skop pertahanan begitu luas.

Menteri Dalam Negeri juga ada kaitan dengan Pertahanan, bukan Menteri Polis. Justeru, fungsi dan skop pertahanan perlu diperluaskan. Pertahanan saling berkaitan dengan lain-lain sektor. Misalnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), memerlukan khidmat pengangkutan, perhutanan dan sebagainya.

Sebab itulah kita mempunyai program Pertahanan Menyeluruh atau total defence (HANRUH), bagi negara-negara kecil seperti Malaysia, Singapura, Switzerland dan sebagainya. Namun, program HANRUH kita tidak sebaik negara Singapura.

HANRUH bermaksud penglibatan semua sektor dalam pertahanan negara, tidak hanya merujuk kepada tentera semata, tetapi melibatkan juga sektor awam dan sektor swasta. Dalam makna, setiap individu dan sektor mempunyai tanggungjawab besar terhadap pertahanan dan keselamatan negara. Pendek kata, pertahanan bukanlah ketenteraan semata-mata.

Universiti pertahanan, bukanlah universiti tentera.Tetapi turut boleh dikongsi semua sektor, terutama sektor polis, kastam, imigresen, jabatan pendaftaran negara dan sebagainya. Justeru, menjenamakan universiti pertahanan untuk tentera semata adalah tidak tepat dan bercanggah dengan konsep HANRUH.

Apakah kita mahu menafikan sumbangan polis, kastam dan sebagainya, yang dilihat begitu aktif dalam mempertahankan keselamatan negara. Golongan dilihat seolah-olah bekerja 24 jam sehari.  Manakala, tentera hanya digembelingkan sepenuhnya jika ada peperangan. Jika tidak ada perang, mereka dilihat seolah-olah ‘goyang kaki’.

Lagi pula, pertahanan atau ketenteraan negara kita tidak pernah diuji. Kitapun tidak tahu sejauh mana kekuatan pertahanan sebenar? Ditakdirkan, jika berlaku peperangan antara kita dengan negara kecil Yahudi itu, apakah kita boleh mencapai kemenangan? Melihat kepada belanjawan tahunan pertahanan sahaja sudah jelas menunjukkan kita sudah kalah dengan mereka. Belanjawan negara kita berada di sekitar RM10 bilion. Sedangkan negara kecil Yahudi itu melebihi SD 50 bilion (RM120 bilion), hampir 30 peratus belanjawan negara. Negara ini juga adalah antara negara yang paling kuat pertahanannya di Asia.

Kemenangan dalam peperangan tidak lagi bergantung kepada kuantiti seperti dahulu. Bilangan tentera yang ramai bukan indikator kemenangan peperangan. Hari ini, peperangan yang adalah peperangan teknologi dan peperangan minda yang melibat taktik dan teknik.

Kita begitu bersangka baik, mengatakan perang dingin sudah berakhir.Tidak perlu memberikan perhatian serius kepada sektor pertahanan negara. Sedangkan dalam Islam, ia amat dituntut, tidak kira sama ada, ada ancaman atau tidak. Apa yang penting adalah persediaan. Dalam sejarah, umat Islam selalu mencapai kemenangan dalam peperangan walaupun bilangan mereka tidak ramai. Kenapa? Jawapan, tuntutan untuk bersedia menghadapi apa jua keadaan oleh ALLAH SWT, sama ada berdepan dengan musuh yang jelas atau tidak. Persiapan jihad adalah paling utama. Bacalah surah al-Anfal, ayat 60.

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa persiapan keselamatan dan pertahanan adalah amat penting. Kita mesti bersedia. Apatah lagi musuh-musuh Islam seperti ultra kiasu, yang sentiasa mengambil kesempatan. Semua sektor hendak digembelingkan, tanpa ada satupun berkecuali.

Janganlah kita anggap pertahanan itu hanya merujuk kepada yang bersifat regimental. Kadangkala kita hanya melahirkan manusia yang berpura-pura atau hipokrit. Benar, kita ditabik sana sini, ketika mereka yang tidak berpangkat bertembung dengan mereka yang berpangkat. Tetapi itu hanya luaran. Dalaman belum tentu.

Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU 13), sudah sewajarnya sektor keselamatan bukan tradisi juga dilihat secara serius, berbanding sektor tradisi (tentera dan peperangan). Antaranya, adalah sektor ekonomi dan kewangan negara (kementerian Kewangan), sektor  makanan dan kesihatan (Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), pemerdagangan manusia, pendatang haram, ekstremis dan pelampau agama (Kementerian Dalam Negeri, JAKIM), rusuhan kaum (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional), dan lain-lain sektor serta kementerian terbabit. Pendek kata, semua sektor ada nilai dan unsur pertahanan dan keselamatan.

Jika kita tidak luaskan skop pertahanan itu, satu hari nanti pasti akan muncul universiti polis, universiti kastam, universiti imigresen dan sebagainya. Mereka juga tidak kurang hebatnya dalama sumbangan pertahanan dan keselamatan. Sumbangan mereka lebih ketara daripada sumbangan tentera, walaupun senjata dimiliki tidak secanggih apa yang ada pada tentera. Lebih menyedihkan lagi, apabila berlaku huru hara, kacau bilau atau keadaan tidak tenteram, yang sering dipersalahkan adalah polis, bukan tentera atau sektor keselamatan yang lain. Polis sering menjadi mangsa. Sedangkan sumbangan mereka tidak standing dengan imbuhan yang kita berikan kepada mereka.

Sumber : Ridhuan Tee

Malaysia nak berperang dengan negara pakcik Anwar ? Hahahaha jangan buat lawak lah. Perang dengan singapork pun belum tentu Malaysia menang. Lawan dengan Indonesia pulak, Indonesia tak payah hantar askar dah. Dah berpuluh ribu rakyat dia dalam negara ni. Bila bila masa je dorang boleh bangkit sabotaj negara ni.

Masa tu nak salahkan siapa? Salahkan askar? Salahkan polis? Salah Kerajaan lah sebab bodoh sangat. Bagi muka sangat pada orang asing. Konon Malaysia negara baik, negara bagus. Nak tarik pelancong sangat. Last last orang Indon, Afrika dengan chinadoll yang banyak. Bodoh melantun !

2 comments:

Anonymous said...

Aku dah lama dengar luahan polis2 ni..kerajaan patut tengok sama dengan dia orang..sudahlah institusi kepolisan selalu menjadi cemuhan masyarakat kat radio tv pun selalu tentera sahaja yang jadi sanjungan, bukan apa..takut nanti tak ada anak muda yang berminat nak jadi polis..kalau ada pun yang terpaksa kerja kerana taknak menganggur..last polis akan kurang kualiti kerja. maaflah kalau aku tak berapa pandai nak susun kata2 ini sekadar luahan hati apa yang aku nampak -aku guard cabuk aja.

Anonymous said...

Skim ini jika diperbaiki lebih baik untuk kebajikan anggota polis. Dengan taraf hidup yang tinggi pada masa sekarang ini diharap skim yang akan dikaji ini akan menambahkan semangat anggota PDRM untuk bekerja dengan lebih cemerlang,