Geng Bas Sekolah

February 8, 2013

#inisemuapoyo - Tuan Ibrahim Pujuk Kakitangan Awam


Kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera yang bosan dengan tekanan politik dalam kerja seharian mereka kini mempunyai jalan keluar daripada kemelut tersebut menuju kebebasan dan intergriti.

“PAS mengingatkan bahawa perkara ini boleh dihentikan dengan para kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera membuat perubahan dalam pilihanraya ke-13,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pelbagai tekanan dan paksaan yang dikenakan ke atas kakitangan-kakitangan bagi menyokong program dan agenda Umno dan pelbagai surat tunjuk sebab dikeluarkan yang langsung tidak berkaitan dengan tugas rasmi.

“Campur tangan melampau Umno juga menyebabkan ramai kakitangan ditukar, diberi amaran dan ditahan kenaikan gaji dan pangkat, semata-mata dilihat tidak menyokong Umno,” tambahnya.

Selagi Umno BN terus berkuasa, kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, para kakitangan perkhidmatan awam akan terus ditekan dan dibuli bagi menghadiri pelbagai program Umno dan melakukan perkara-perkara untuk agenda Umno, walaupun perkara itu bertentangan dengan naluri dan sifat mereka untuk kekal berdikari dan hak membuat pilihan sendiri.

Tuan Ibrahim turut mengesa seluruh kakitangan awam bertindak dengan bijak bagi menghentikan campur tangan melampau ini, dan bertindak keluar dari tekanan dan paksaan politik ini dengan memberi mandat kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13.

Kononnya Pakatan bebas dan telus. Penipu je lebih pakcik ni. Sesama ahli Majlis Syura sendiri kena pecat tak tentu pasal, ada hati nak cakap parti dia bagus sangat. Kalau dah sesama ahli parti sendiri bertindak zalim, apatahlagi bila dah pegang kuasa. Habis semua rakyat dizaliminya.

Kat P.Pinang, DAP tindas rakyat miskin. Habis dia arah semua kakitangan awam kena ikut telunjuk dia. Sampai nak sambut Maulidur Rasul pun kena soal siasat. PKR juga suka memecat orang yang tak nak ikut telunjuk pakcik Anwar. Naib Cancelor UNISEL dipecat tanpa alasan kukuh.

Haa kan itu zalim namanya. Kerajaan sekarang tak pecat kakitangan sesuka hati. Paling tidakpun ditukar saja. Tapi PR lagi zalim. Habis dipecatnya dan tempat tu diganti dengan kroni sendiri. Lagi celaka PR ni.

No comments: