Geng Bas Sekolah

January 30, 2013

Zulkifli Noordin Balun Nik Aziz Sampai Lebam !


YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok (PAS) yang baru kembali daripada lawatan bersejarah YAB PM ke Gaza pasti terkejut mendengar berita melalui media bahawa beliau dipecat daripada kedudukan sebagai ahli Majlis Syura' PAS.

Kebetulan beliau baru sahaja balik daripada mengiringi YAB Perdana Menteri dalam lawatan ke Gaza. Kata Perdana Menteri Palestin-Gaza Ismael Haniyeh, lawatan Dato' Sri Najib adalah satu lakaran sejarah tersendiri kerana Dato' Sri Najib adalah pemimpin bukan 'arab pertama menjejakkan kaki ke bumi Gaza!

Dan lebih bersejarah kerana PM mengumumkan peruntukkan pembinaan semula pejabat Perdana Menteri Palestin-Gaza yang musnah dibom oleh rejim zionis beberapa minggu lepas setelah lawatan Perdana Menteri Mesir Hisham Qandel ke bangunan tersebut.

Orang yang terakhir melihat bangunan tersebut sebelum dimusnahkan ialah PM Mesir, orang yang membinanya semula ialah PM Malaysia! Begitu bersejarah lawatan Dato' Sri Najib, yang lawatannya mendapat liputan meluas media barat dan 'arab, malah Al-Jazeera memberikan lapuran hampir 20 minit didalam berita utamanya.

Rakyat Gaza turun berduyun-duyun mahu melihat seorang wira Melayu yang berani datang menziarahi mereka walaupun mendapat tentangan dalam dan luarnegara. Mereka bertambah bangga apabila melihat betapa simplenya Dato' Sri Najib, sanggup turun ke padang menziarahi keluarga Assyahid Al-Ja'bari, Ketua Keselamatan Palestin-Gaza yang dibunuh kejam melalui pengeboman keatas kenderaannya.

Baca selanjutnya disini

2 comments:

Anonymous said...

SBG KETUA PUAK KHAWARIJ DAH TENTU DIA KECUT TELOW NAK JEJAK KAKI KE GAZA BROO..SAMA GAK MCM ANUWAR AL JUBURI..KLU KE LUAR NEGARA PUN STAKAT NAK MAKI HAMUN NEGARA SENDIRI DEPAN ORG LAIN KEHKEHKEHKEH

Unknown said...

Salam tuan punya blog. Singgah sebentar melawat blog tuan yg penuh dgn informasi. Tahniah!!. Di sini saya minta keizinan utk pautkan blog saya di sini sebagai rakan blogger yg sama2 berjuang. Link saya : ibm-akusayangumno.blogspot.com.

p/s : Blog tuan telag saya pautkan ke blog saya. Dah lama dah...ikhlas dari saya ~ IBM