Geng Bas Sekolah

January 30, 2013

PR Giat Pesongkan Akidah Umat Islam


Semasa lawatan oleh bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie ke Malaysia atas jemputan ketua Umum PKR,
Anwar Ibrahim awal Disember lepas, beliau ada menegaskan, “pluralisme adalah satu kekuatan, Indonesia dan Malaysia untuk hidup dalam masyarakat majmuk.”

Tambahnya lagi, elemen pluralisme itu perlu dipertahankan kerana ia merupakan faktor khas yang berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.

Jelas seperti Habibie bangga dengan amalan pluralisme yang diamalkan di Indonesia termasuklah kewujudan penganut Islam berkahwin dengan orang Kristian, tanpa perlu non muslim itu bertukar agama, barangkali keunikan ini mahu terus dipertahankan oleh bekas Presiden indonesia itu.

Ucapan BJ Habibie itu yang diungkapkannya di Universiti Selangor (UNISEL) mungkin ianya tidak pelik bagi masyarakat Indonesia yang sebahagiannya sudah biasa dengan amalan pluralisme, tapi tidak di Malaysia.

Pluralisme agama secara dasarnya bermaksud semua agama sama sahaja tarafnya walau berbeza konsep ketuhanan dan kepercayaan. Tapi dalam Islam, konsep ketuhanan kita langsung tidak sama dengan konsep ketuhanan triniti Kristian, banyak bezanya.

Hampir dua minggu kemudiannya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semasa menyampaikan perutusan perayaan Krismas 2012 menimbulkan kembali tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Disebalik kecaman majoriti umat Islam terhadap tuntutan tersebut, kita dapat lihat juga ada segelintir umat Islam yang bernaung di bawah panji PAS dan PKR bersungguh benar mempertahankan tuntutan Lim Guan Eng.

Seolah-olah bagi mereka, bukan satu kesalahan besar untuk menyamatarafkan kedudukan Allah s.w.t yang Maha Esa dengan konsep ketuhanan Kristian yang percaya wujudnya Tuhan Anak Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus.

Sebulan sebelum kedatangan BJ Habibie yakni pada awal November tahun lepas pula, umat Islam negara ini dikejutkan dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang bersetuju hak kebebasan agama seharusnya tidak hanya sekadar berlegar dikalangan orang bukan Islam sebaliknya ia perlu juga merangkumi orang Melayu Islam.

Kenyataan kontroversi tersebut diungkapkannya sewaktu menyertai forum yang dianjurkan oleh Kristian Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ Subang. Turut serta bersama Nurul Izzah ialah pemimpin PAS, Mujahid Yusoff Rawa dan beberapa orang penggerak Bersih 3.0.

Berucap dalam gereja adalah satu taboo bagi umat Islam apatah lagi bila subjek kebebasan agama yang bersangkut paut dengan akidah orang Islam menjadi fokus dalam konteks perspekstif hak kebebasan manusia ala barat.


Barangkali ada kaitan langsung diantara ucapan oleh Nurul Izzah yang membawa kepada idea menjemput BJ Habibie datang ke Malaysia untuk menerangkan konsep pluralisme supaya diterima logik akal dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, ada kemungkinannya.

Dalam pada itu, penulis percaya sebahagian besar daripada pembaca sudah maklum mengenai program ‘Holy Book Reading’ yang telah berlangsung di Dataran Pidato, Padang Kota Lama pada Ahad lepas yang menyaksikan sekelompok penggerak NGO pro PR telah ‘bermuzakarah’ mengenai kitab suci pelbagai agama.

Mengikut kata penganjur tujuan perjumpaan untuk memahami agama masing-masing tapi dilihat pada individu yang datang rata-ratanya dari jenis free thinker, mudah untuk kita fahami ini hanyalah salah satu agenda untuk melebarkan dakyah pluralisme yang sekarang ini semakin giat mengasak akidah umat Islam.

Selain bertukar pandangan barangkali mencari titik persamaan untuk menyamatarafkan semua agama, sempat juga mereka berpuisi bermadah dengan aksi tersendiri yang agak memualkan.

Itu juga sebenarnya bibit-bibit kecil agenda pluralisme yang sedang berkembang biak hasil dari konsep kebebasan dan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh PR.

Dan satu perkara yang perlu diberi perhatian, beberapa orang peserta Holy Book Reading itu juga merupakan individu yang turut sama dalam beberapa program politik yang dianjurkan oleh PR.

Baca selanjutnya di Mykmu

No comments: