Geng Bas Sekolah

January 23, 2013

Undang-Undang Antigay - Pakatan Semakin Tertekan


Rusia akan mengharamkan 'propaganda gay' dan majlis umum yang menggalakkan permintaan hak golongan homoseksual di dalam rang undang-undang baharu.

Pengharaman itu akan menyaksikan perbuatan bercium antara lelaki di khalayak umum boleh didenda sehingga 10,000 pound (RM48,100).

Rang undang-undang itu dicadangkan oleh Kremlin dan Gereja Ortodoks Rusia yang mengharamkan pemberian maklumat walaupun sedikit, yang disifatkan sebagai 'propaganda sodomi, lesbianisme, biseksual dan transgenderisme'.

Acara dan majlis umum yang menggalakkan permintaan hak golongan gay juga diharamkan sama sekali. Perbuatan bercium sesama jenis boleh didefinisikan sebagai 'propaganda homoseksual'. Rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Rusia pada bulan ini.

Stesen televisyen, Fox News melaporkan, rang undang-undang itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan nilai tradisional Rusia. Ini ekoran liberalisme Barat yang dilihat oleh Kremlin dan pihak gereja mampu merosakkan belia negara ini dan menyumbang kepada gelombang membantah pentadbiran Presiden, Vladimir Putin.

Kremlin sebelum ini telah melaksanakan beberapa undang-undang yang dikatakan bertujuan untuk melindungi belia Rusia sejak beberapa bulan lalu.

Antara undang-undang tersebut termasuk membenarkan pengharaman dan menyekat kandungan web dan percetakan yang dilihat bersifat melampau atau tidak sesuai untuk golongan muda.

Seorang ahli sosiologi sebuah badan pemantau bebas Levada Center, Denis Volkov berkata, rang undang-undang antigay itu bersesuaian dengan keinginan kerajaan mengehad pelbagai hak di negara ini.

Bagaimanapun, berhubung rang undang-undang antigay tersebut katanya, rakyat biasa Rusia tidak ambil kisah. - AGENSI

1 comment:

Anonymous said...

KAT SINI PEMBANGKANG MAIN LARUNG JEK BROO..DEMO KAT SANA SINI NAK HALALKAN LBGT MAKIN MENJADI2..BILE X DPT MULA NAK UGUT ADAKAN DEMO LG BESARRR PUNYEE..TU PSL KERAJAAN KENA TEGAS SBLUM JD PARAH! HUHUHUHU