Geng Bas Sekolah

January 22, 2013

Ularmak PAS Diperbudakkan DAP


Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Baca selanjutnya di PahangKu


3 comments:

Anonymous said...

mulut berus penjahanam agama

Anonymous said...

peuuwiiiittt!!...amy search pun tak leh lawan beb ekekekekekeke

Anonymous said...

MESTI KARPAL TENGOK WALLY SLIPAU KECIKKKKK JEK DEPAN MATA DIA BROO...TU PSL KARPAL BERANI TUNJAL2 KEPALE DIA MCM BOLA SBB DIA TAU WALLY SLIPAU PUN TUNJAL ISLAM MCM BOLA KEHKEHKEHKEH