Geng Bas Sekolah

January 26, 2013

Telaga Minyak - Bukti Mukjizat Pemimpin PAS ?


Kota Bharu: Kerajaan PAS Kelantan semalam mendakwa menemui dua telaga minyak di daratan negeri ini membabitkan dua daerah iaitu di Kota Bharu dan Tumpat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata beliau dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, bahawa Kelantan mempunyai rizab minyak yang besar di daratan termasuk di Kota Bharu dan Tumpat.

“Kerajaan negeri semalam (kelmarin) memutuskan untuk melantik sebuah syarikat mengkaji mengenai perkara berkenaan dan bila isu itu sudah disahkan kebenarannya nanti, Kelantan akan menjadi negeri terbesar mempunyai rizab minyak di daratan.

“Saya akan berunding dengan syarikat yang mempunyai kemahiran dalam perkara ini (mengkaji minyak) bagi mempercepatkan proses pengesahan penemuan minyak di daratan Kelantan,” katanya tanpa sokongan kajian geologi. - klik sini

Begitu hebatnya ilmu yang dimiliki oleh pemimpin PAS. Sehingga boleh menilik dimana letaknya telaga minyak tanpa perlu menggunakan peralatan carigali yang canggih. Malah mungkin dengan keberkatan "Tok Guru", air paip yang keruh akan bertukar menjadi minyak mentah ataupun menjadi petrol Ron 97 bergantung kepada niat sebelum membuka paip air.

Kalau macam inilah kehebatan pemimpin PAS, memang patutlah pemimpin PKR dan DAP begitu sayang kepada PAS. Rupa rupanya PAS ini ada ilmu yang tinggi. Sehingga mencapai tahap dewa dewi bintang 7 lagaknya.

PAS For Oil..Takbir!!!!!

No comments: