Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
January 25, 2013
Persatuan Gay Dan Pakatan
Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.
Di laman sosial Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identiti songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baru.
Antaranya Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan; Kelab Gay Malaysia; Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia; Persatuan Gay Berkumpulan; Persatuan Belia Gay Malaysia dan Persatuan Gay Malaysia.
Kelab-kelab lain yang seumpamanya, termasuk Persatuan Gay Melayu; Persatuan Gay Perak; Kelab Gay Terengganu; Persatuan Gay Sejati; Persatuan Gay Berwibawa; Persatuan Gay Serantau; Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia dan Persatuan Gay SeMalaysia.
Lebih mengejutkan, terdapat kumpulan itu yang menerima sambutan cukup menggalakkan berdasarkan jumlah Like menerusi laman Facebook yang mencecah antara 3,000 hingga 8,000 penyertaan.
Sebahagian daripada ahli kelab-kelab itu juga secara terbuka berkongsi nombor telefon dan menyatakan kesudian untuk menjadi teman istimewa sesama mereka. - Utusan Malaysia
Bayangkan jika PR memerintah dengan pakcik Anwar menjadi PM. Mungkin akan ada belia yang hadir ke mana mana pejabat belia untuk mendaftarkan persatuan belia gay peringkat kampung, taman dan sebagainya. Kalau ini terjadi, memang mampus ler nak buat. Boleh huru hara jadinya. Paling dahsyat jika ada yang berani menubuhkan parti politik dengan nama Parti Gay Semalaysia - PGS. Dah macam bunyi parti puak hijau kan hahaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment