Geng Bas Sekolah

January 10, 2013

Sah PAS Didalam Pakatan Menyokong Kristian


Kemenangan Kristian Kebanggaan Pakatan Rakyat  

SETAKAT hari ini penulis menerima respon yang sangat positif dari kalangan rakyat Malaysia yang menghargai perjuangan Pakatan Rakyat dalam memastikan kalimah Allah ini boleh digunakan dalam gereja, kitab Bible dan sebagainya.

Rata-rata mereka menyifatkan keputusan semalam (walaupun hanya keputusan lama yang diperbaharui semula), mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dalam senario politik tanah air kerana buat pertama kalinya, perakuan PAS mengenai hal ini telah direkodkan dalam bentuk visual, audio dan bertulis.

Justeru, tidak ada alasan lagi kenapa pemimpin dan ahli PAS mahu membantah penggunaan perkataan Allah oleh pihak gereja selepas ini kerana perakuan mengenainya telah dibuat sendiri oleh pemimpin mereka, melainkan mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti tersebut.

Respon dari beberapa orang ahli PAS yang sempat penulis temui mengenai hal ini juga sangat positif, walaupun kelihatannya masing-masing sedikit berhati-hati dalam memberikan pandangan.  Yang penting positiflah, dan perkara ini perlu disebar luaskan kepada semua peringkat kepimpinan PAS, termasuk di kampung-kampung.

Paling penting sekarang, rakyat mahu melihat keputusan ini dilaksanakan secara praktikal, bukan hanya setakat gemilang di bilik mesyuarat sahaja.


Dengan keputusan ini juga, pihak-pihak berkenaan sudah sepatutnya boleh melaksanakan janji mereka untuk memastikan setiap penganut Kristian di negara ini hanya mengundi calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Ramai berpendapat, perakuan PAS mengenai perkara ini perlu dianggap sebagai pengorbanan suci yang memerlukan pembalasan dari setiap penganut agama Kristian dan pihak berkepentingan yang lain.

Bercakap tentang pembalasan, sudah tentulah bukan wang ringgit yang dipinta tapi undi kepada calon-calon Pakatan Rakyat, termasuk dari PAS.

Sumber : SuaraPakatanRakyat

Sudah terang lagi bersuluh, Pakatan sebenarnya memang memperjuangkan agama nasrani di Malaysia. Dan PAS sebagai sekutu kuat mereka, antara sedar ataupun tidak sudahpun bersetuju dengan kehendak pemimpin Pakatan yang lain iaitu menegakkan agama nasrani.

Inilah harga diri dan maruah PAS sekarang. Begitu rendah melebihi tahap najis khinzir. Seharam haram khinzir, ianya tetap makluk Allah s.w.t dan tidak pernah menyesali taraf jadiannya. Tetapi bagi puak PAS pula, kerana begitu mahukan undi daripada golongan nasrani, mereka sanggup mengadaikan maruah agama islam dan kalimah Allah s.w.t yang suci.

Inilah mereka yang mengaku dirinya sebagai ulamak akhir zaman. Ulamak yang sanggup mengotorkan agama sendiri demi kepentingan duniawi.

No comments: