Geng Bas Sekolah

December 22, 2012

Penyakit PAS Kelantan Merebak Ke Kedah


Melihat rakusnya pembalakan di Kedah terutama di Pedu yang menyaksikan hutan ditebang kurang 200 meter dari Tasik Pedu membangkitkan naluri untuk mencungkil cerita sebenar mengapa ia berlaku.

Apatah lagi belum pernah dalam sejarah pemerintahan di Kedah, kerajaan negeri begitu nekad sehingga sanggup membotakkan kawasan sensitif yang digazet sebagai tadahan air sebagaimana berlaku di Pedu.

Walaupun balak telah sekian lama menjadi sumber ekonomi negeri, pemerintah Kedah sebelum ini hanya meluluskan aktiviti pembalakan secara terkawal dengan mengikut segala garis panduan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut sumber yang terpaksa dirahsiakan identiti bagi tujuan keselamatan itu kemudian membuat pendedahan mengejut apabila mengakui punca kerakusan aktiviti pembalakan di Kedah adalah disebabkan berlakunya penyelewengan.

Dakwanya, semasa proses untuk meluluskan projek pembalakan di Gunung Inas umpamanya, kerajaan negeri Kedah tidak menubuhkan jawatankuasa teknikal bagi menilai kesan ke atas alam sekitar sebagaimana sepatutnya.

Kerajaan negeri dakwa beliau menggunakan kuasa yang ada untuk meluluskan projek itu kerana sedar jika ditubuhkan jawatankuasa teknikal untuk membuat laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), hasrat membalak di Gunung Inas tidak akan menjadi kenyataan.

Hal yang sama dakwa beliau berlaku di Pedu tetapi menggunakan modus operandi sedikit berbeza kerana kelulusan konsesi balak untuk setiap kompartmen dibuat dalam saiz yang kecil menyebabkan laporan EIA tidak diperlukan.

Sebenarnya di Pedu keluasan keseluruhan kawasan yang diwartakan untuk pembalakan lebih 500 hektar tapi disebabkan kompartmen kawasan pembalakan itu dipecah-pecahkan maka laporan EIA tidak perlu," dakwanya.

Dalam pada itu, sumber sama berkata, dakwaan kononnya konsesi pembalakan dibuat secara tender terbuka cuma helah untuk mengaburi mata rakyat kerana hakikatnya pemilihan berdasar siapa sanggup bayar komisen paling tinggi.

Hendak tender apa kerana semua kawasan pembalakan memang diserah kepada syarikat ini. Kemudian baru diberi kepada syarikat lain berdasar komisen tertinggi. Inilah cerita yang tidak akan diakui pihak berkenaan," katanya.

Menurut sumber itu lagi, pembalakan kini menjadi goreng pisang panas di Kedah khususnya di kalangan individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat tersebut kerana mereka sedar konsesi balak adalah lubuk buat duit.

Dakwanya, kini banyak pelbagai pihak di Kedah sedang berlumba-lumba untuk memohon lesen balak. Kemudian lesen itu dijual dengan harga sekurang-kurangnya RM20,000 bagi setiap satu lesen kepada syarikat yang berminat.

Sebab itu berlaku kemusnahan teruk di Gunung Inas dan Pedu kerana syarikat yang membeli lesen ini menebang balak melebihi keluasan sepatutnya bagi menampung semula pelaburan untuk mendapat lesen.

Pihak berkuasa yang sepatutnya memantau pula gagal memainkan peranan turut berkerjasama dengan syarikat tadi menyebabkan ekosistem di kawasan sensitif yang sepatutnya dipelihara tidak dilindungi," dakwanya.

Mengulas lanjut sumber dalaman kerajaan negeri Kedah itu mengakui aktiviti pembalakan khususnya di kawasan tadahan di Pedu menyebabkan Empangan Pedu dan Empangan Muda menerima kesan pencemaran yang teruk.

Jelasnya, pencemaran kedua-dua empangan itu dijangka bertambah kronik selepas ini memandangkan kerajaan merancang mewujudkan pusat agropelancongan dengan menanam pokok buah-buah di situ. Apabila pokok buah- buahan itu mula ditanam akan berlaku proses larut resap sisa baja dan racun setiap kali selepas hujan ke dalam Tasik Pedu yang hanya dipisahkan oleh sebatang jalan raya.

No comments: