Geng Bas Sekolah

December 10, 2012

PAS Hilang Telor Bila Anwar Menganut Pluralisme


Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menggunakan bekas Presiden Indonesia, Prof. Ir BJ Habibie untuk mempertahankan fahaman pluralisme di Malaysia.

Pluralisme bukanlah satu kelemahan namun ia merupakan kekuatan dan Malaysia adalah antara negara di mana fahaman tersebut telah lama bertapak, lapor FMT yang memetik kata-kata Habibie di Universiti Selangor (Unisel) hari ini.

“Indonesia sama Malaysia sudah biasa hidup dalam pluralisme. Dan kerana biasa itu ada keadaan keseimbangan.

“Jadi saudara-saudara, tidak ada alasan untuk kita berkecil hati,” katanya dalam majlis Pidato Habibie: ‘Habibie dan Transisi Indonesia ke Demokrasi’.


Turut sama hadir pada majlis anjuran kerajaan negeri itu ialah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu Antarapos melaporkan dakwaan Habibie mengatakan fahaman pluralisme telah lama bertapk di Malaysia disangkal oleh Pengarah Institut Islam Hadhari, Datuk Dr Mohd Yusof Othman.

Menurutnya, Malaysia merupakan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan, namun yang membezakan hanya rakyat Malaysia dibenarkan mengamalkan agama lain secara aman.

“Kalau dia sebut Malaysia negara yang mengamalkan pluralisme tidak betul sebab Islam ada dalam perlembagaan kita.

“Dalam Perlembagaan ada menyebut Islam adalah agama persekutuan agama-agama yang lain boleh diamalkan seara harmoni, itu bukan pluralisme,” katanya.

Ini dah dua kali pakcik Anwar terang terang tunjukkan belang dia. Tapi yang pelik, puak PAS sampai sekarang terus diam membisu. Langsung tak berani nak menegur perbuatan pakcik Anwar yang menyokong pluralisme didalam agama. Mungkin PAS sudah redha pluralisme agama diamalkan dinegara ini. Maklumlah tagline PAS ekarang adalah "PAS For All". Tu kira pluralisme jugalah kot hahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: