Geng Bas Sekolah

December 17, 2012

Orang Melayu Jangan Tunduk Kepada Bangsa Mata Sepet !


Pemimpin India dari PKR mendakwa lebih 300,000 kaum India yang tinggal di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tiada status warganegara. Melihat kepada angka tersebut, jelas bermotif politik atau politik desperado, kecuali dibuktikan satu-persatu. Jikapun ada kebenaran, apakah kumpulan perlu benar-benar hidup sebagai warganegara yang menjunjung perlembagaan.

Hujah ini dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri. Hanya 308 permohonan diterima. 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

Angka ini lebih kurang sama dengan sekumpulan kecil yang berdemonstrasi di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya pada 12 Disember 2012, walaupun mereka menjangkakan ribuan yang akan menyertainya.

Sebelum itu, satu lagi politik angka yang menjijikkan, bila mana Dong Zong berdemonstrasi pada 25 Disember 2012 di Petaling Jaya sebagai bantahan kepada Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015. Dalam laporan laman web ultra kiasu, malaysiakini versi bahasa Melayu lebih 6000 hadir dalam protes tersebut. Dalam versi bahasa Inggeris pula 10,000. Manakala akhbar the Sun melaporkan sekitar 3000. Angka mana yang betul? Marginnya begitu besar, hampir separuh. Melihat pada gambar, tidak sampai 3000. Lihatlah bagaimana liciknya mereka memanipulasikan angka bagi menonjolkan mereka hebat.

Dalam tradisi Cina dan India, angka membawa makna dan signifikan. Maka, hairanlah jika ramai yang berkahwin pada tahun ini (tahun naga) dan tanggal 12.12.12. Ada yang sanggup melakukan kelahiran secara paksaan, hubungan seks dan sebagainya, hanya kerana angka. Lebih malang lagi ada kalangan umat Islam pun mempercayainya.

Kenapa angka ini penting ditonjolkan? Percayakah kita kepada angka? Jawapannya, angka mempunyai kaitan dengan ultra kiasu. Istilah yang sekian lama saya gunakan merujuk kepada golongan yang sentiasa mahu menang, tanpa mahu mengalah sedikitpun, untuk mencapai matlamat, walaupun terpaksa menghalalkan cara. Mendesak dan menuntut menggunakan angka.

Apatah lagi mereka tahu Umno BN dalam keadaan tersepit. Politik angka digunakan, bagi memastikan matlamat mereka tercapai, walaupun tanpa bukti. Inilah yang berlaku dalam dua demonstrasi ultra kiasu tersebut, walaupun mereka tahu, tuntutan dan desakan telah dipenuhi. 

Misalnya, sebelum PPPM ini dibentang, pelbagai pandangan telah diambil kira, termasuk jemputan kepada Dong Zong. Tetapi badan ini menolak pintu perbincangan tersebut. Sejurus sahaja apabila dibentangkan, apa yang terkandung dalam PPPM semuanya menjadi tidak betul dan mereka mengambil keputusan berdemonstrasi walaupun ditentang oleh NGO Cina yang lain, termasuk rakan sekutunya Jiao Zong.

Sesiapapun yang membaca PPPM, nampak begitu telus dan terbuka, begitu meraikan bangsa lain, walaupun bangsa sendiri identitinya entah ke mana. Ia tidak langsung meminggirkan pendidikan bahasa Cina dan Tamil. Kerajaan bertindak adil terhadap semua jenis sekolah dan mahu meningkat kualiti pendidikan di semua aliran, kecuali sekolah menengah persendirian Cina yang mengelolakan Sijil Peperiksaan Bersepadu  (UEC).

Ultra kiasu menolak PPPM hanya kerana ada sedikit agenda untuk memandaikan anak-anak mereka dalam bahasa Melayu setelah sekian lama tinggal di sini. Ultra kiasu menolak atas alasan ia menjejaskan kepentingan bahasa Cina.

Pendek kata, jika ada tindakan mendaulatkan agenda negara, maka dikatakan gugatan kepada agenda bangsa dan bahasa mereka. Sedangkan SJKC/T terus bertambah dari tahun ke tahun, bersekali dengan peruntukannya.

Untuk makluman, kewujudan SJKC/T dijamin oleh Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) dan ini dikukuhkan dengan penyataan di dalam PPPM, Bab 7 muka surat 7 hingga 16. Apa lagi sebenarnya yang dikehendaki oleh ultra kiasu jika bukan untuk menonjolkan bangsa dan bahasa mereka? Malah kepimpinan negara telah menyatakan, Malaysia  adalah satu-satunya negara di luar negeri China mempunyai pendidikan sebegini. Operasinya ternyata menenggelamkan agenda kebangsaan. Kita terus bertolak ansur demi kuasa politik. 

PPPM 2013-2015 juga mahu memastikan setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan yang sama. Pernahkah ultra kiasu melihat berapa daifnya sekolah agama dan kedudukan maahad tahfiz? Kenapa langsung tidak pernah bersyukur? 

Menurut Kementerian Pelajaran (KPM), pertambahan masa pembelajaran Bahasa Malaysia ke 570 minit seminggu yang dikatakan boleh menjejaskan bahasa ibunda, hanya untuk murid kelas pemulihan di tahap 2, SJKC yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu (30 peratus sahaja). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan Tahun 1, pada tahun 2014 kohort murid Tahun 1 2011 akan berada di tahun 4 (Tahap 2 KSSR). Pertambahan masa Bahasa Malaysia di SJKC bagi Tahap 1 ialah daripada 270 minit kepada 300 minit manakala bagi Tahap 2 pula ialah daripada 180 minit kepada 270 minit. Perbezaan ini harus dilihat dalam konteks dua sistem yang berbeza iaitu peruntukan masa bagi tahap 2, 180 minit bagi KBSR dan 270 minit bagi KSSR.

Jelas KPM lagi, pertambahan kelas pemulihan sehingga lima jam seminggu atau 300 minit adalah tidak diwajibkan kepada semua murid SJKC kecuali yang memerlukan sokongan kelas pemulihan sahaja. Pertambahan waktu Bahasa Melayu bagi Tahun 4 hingga 6 sebenarnya ialah daripada 180 minit kepada 270 minit. Pertambahan masa satu jam sehari adalah untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu bagi murid yang dikenal pasti tidak menguasai tahap minimum penguasaan bahasa Melayu di Tahun 4 hingga 6 di SJKC/T.

KPM berpandangan adalah lebih baik murid-murid yang belum menguasai bahasa ini dikenal pasti lebih awal di tahun 4, 5 dan 6. Dengan adanya sesi pemulihan selama satu jam setiap hari kepada mereka yang tidak menguasai tahap minimum, dapat membantu mereka menguasai bahasa Melayu sebelum tamat pengajian di peringkat sekolah rendah.

Pertanyaan saya, untuk siapakah sebenarnya yang beruntung daripada PPPM ini? Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk dengan politik angka yang menjijikkan. Ia sengaja ditonjolkan untuk memenuhi nafsu serakah ultra kiasu yang mahu menenggelamkan identiti negara bangsa ini.

Sumber : Ridhuan Tee

No comments: