Geng Bas Sekolah

November 16, 2012

Syaitan Didalam Kerajaan


MASA bekerja dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), itulah ‘syurga’ bagi diri mereka dan memuji tinggi melangit terhadap segala dasar dan pelaksanaan yang dibuat.

Tetapi pelik, apabila keluar daripada perkhidmatan kerajaan dan bersara, rupanya segelintir manusia bertopeng ini hanya menunggu masa untuk menjadi wira kepada rakyat, kononnya apa yang dibuat oleh kerajaan yang memberikan rezeki kepada keluarga mereka dahulu, semuanya salah dan tidak betul.

Maka dalam hal ini, benarlah kata negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bahawa Melayu itu mudah lupa dan atas sebab itulah jugalah, kerajaan yang ada pada hari ini pun, harus mengenali hati budi kakitangan mereka sama ada tulen menyokong kerajaan atau hebat dalam lakonan dan sandiwara di pentas berbeza.

Sebab itulah dalam banyak ulasan yang dibuat sebelum ini, memperakui bahawa wujud ideologi pembangkang yang menjadi agen termasuk dalam agensi dalamnya kerana ia bukan lagi satu rahsia, tetapi ada yang melakukannya secara terang-terangan.

Golongan berperangai ‘brutus’ dan ‘trojan senyap’ ini ada yang tanpa segan silu lagi sudah berani berteriak mendokong prinsip dan perjuangan pembangkang walaupun mereka masih menerima gaji, elaun dan segala kemudahan disediakan oleh kerajaan yang memacu negara pada hari ini.

Ini tidak termasuk lagi kepada mereka yang menerima pencen kerajaan, tetapi menyokong pembangkang.

Memanglah untuk mencari mereka satu persatu yang sedang berkhidmat dalam kerajaan ini bukan perkara mudah dan memakan masa yang lama sedangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 boleh diumumkan pada bila-bila masa.

Adalah dipercayai manusia gunting dalam lipatan ini disedari secara total oleh kerajaan BN di negeri ini, di mana merupakan virus yang sedang memamah struktur kukuh sesebuah kerajaan seperti Negeri Sembilan ini, jika dibiarkan terus ‘mengamuk’ dalam senyap.

Malanglah, segelintir kakitangan kerajaan dan mereka yang telah berpencen ini kalau tidak tahu menilai nikmat syukur yang dikurniakan oleh Allah SWT, di mana anak kita membesar, kehidupan selesa, mudah mengerjakan ibadat tanpa gangguan dipersia-siakan hanya kerana percaya kepada cerita hasutan dan mengadu domba.

Apa yang menjadi masalah pada hari ini ialah ‘trojan atau pahlawan senyap’ yang pernah bekerja dengan kerajaan dan punyai pelbagai maklumat dalaman, membina ‘kuasa’ di luar dengan melihat kelemahan sesebuah agensi kerajaan itu sebagai medan untuk melancarkan peperangan baru.

Dalam hal ini, kita amat bersimpati dengan mereka yang setia kepada kerajaan BN kerana perlu menangkis setiap serangan yang dibuat oleh manusia talam dua muka ini yang menyebabkan segala perkara yang dahulunya disimpan sebagai rahsia, kini dibuka pekung untuk menagih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelas pada hari ini bahawa masalah kakitangan kerajaan yang menyokong dan bergiat aktif sama ada secara langsung atau pun tidak dengan parti politik pembangkang, sebenarnya ia memuncak ke tahap kronik, yang bukan sekadar pembedahan biasa tetapi mampu membubarkan kerajaan BN keseluruhannya, jika tidak dibendung segera.

Percaya atau tidak, cubalah anda ke pejabat kerajaan, mahupun di kafetaria atau dewan menunggu, segelintir daripada mereka lebih gemar bercerita tentang politik negara sehingga berangan segalanya akan datang sujud di kaki sekiranya pentadbiran negara ini bertukar tangan berbanding menjalankan tanggungjawab yang dipikul untuk memajukan negara.

Maka, perhatikanlah di sekeliling anda apa yang sedang mereka ceritakan dan dengarlah, tentu ada di antara mereka akan bercakap bila lagi ada ceramah politik, siapa yang datang, apa isu baru, kutuk mengutuk dan ‘kalau aku jadi calon, aku akan buat itu dan ini.’

Apa pun, kepada segelintir mereka telah meninggalkan perkhidmatan kerajaan, hentikanlah perbuatan memburuk-burukkan kerajaan BN ini kerana anak dan keluarga kita membesar dan makan hasil daripada wang gaji yang telah kita terima semasa berkhidmat dahulu.

Mungkin negara ini terlalu berlembut sebelum ini kerana sangat menyimpan kakitangannya sekalipun mereka merupakan pekerja yang paling pemalas di dunia serta gemar bercerita tentang keburukan bersama rakannya tanpa mengira setiap sen pendapatannya itu adalah amanah yang Allah SWT berikan untuk kerja kebaikan.

6 comments:

Anonymous said...

BIASAK LER BROO..MUSUH DLM SLIMUT TAK TAU MALU...CARI MKN DGN CARA MENIKAM DR BELAKANG!..GGET TGN ORG YG DAH BERJASA KAT DIA...SPESIS FUCKATAN MMG MCM TUH...PATUT KNE TERAJANG JEK KEHKEHKEHKEH HARKKK PTUIHHH

Anonymous said...

bodoh punya penulis. kakitangan awam bukan makan gaji dengan bn, mereka makan gaji dengan kerajaan dan kerajaan yang beramanah mendapat sanjungan rakyat.

Anonymous said...

bodoh punya penulis. kakitangan awam bukan makan gaji dengan bn, mereka makan gaji dengan kerajaan dan kerajaan yang beramanah mendapat sanjungan rakyat.

Anonymous said...

Duit krjaan = duit BN ..kepala ayun ko. Patut mkin ramai yg benci pd umno. Tq tq sebarkan lg cerita
tahyul n bebal ni.

Anonymous said...

Penulis adalah seorang manusia yg paling cetek akalnya dan paling kolot pemikirannya..pertama yg ko perlu tahu wahai penulis..Kerajaan adalah milik rakyat.x kira Agama,bangsa dan umur.(Malaysia berbilang Agama dan bangsa).bukan milik BN atau PAS atau DAP dan sebagainya.mereka semua adalah wakil pentadbir yg akan memerintah negara ini,disebabkan oleh
pemilihan semua rakyat.Apa hak ko bila menuduh mereka yg menentang pentadbiran itu syaitan?musuh dlm selimut?mereka x menentang KERAJAAN..MEREKA TIDAK MENENTANG AGAMA MEREKA..MEREKA TIDAK MENENTANG BANGSA MEREKA..DAN MEREKA BUKAN MENENTANG NEGARA KITA INI..siapa yang tidak menyayangi negara ini..KO adalah musuh sebenarnya.membawa kekeliruan kepada rakyat.PENTADBIR kerajaan Malaysia sekarang membayar gaji?betul..memang betul.tp atas dasar apa?Atas dasar kerja mereka.atas dasar kewajipan pentadbir.kerana gaji itu jugaklah yg digunakan untuk berbelanja.untuk cukai..dan ianya kembali kepada KERAJAAN MALAYSIA..menjadikan negara maju.untuk diagihkan kepada RAKYAT MALAYSIA.pentadbir hanyalah wakil untuk memberi.mengagih.

Anonymous said...

dan kepada ko wahai.penulis..Aku nak tanyakan 1 soalan..Andai kata suatu hari nanti dengan izin dr Allah..Pentadbir KERAJAAN MALAYSIA sekarang ini..Dilucut hak sebagai pentadbir..adakah bermaksud ko tiada berKERAJAAN?LUCUTKAH KERAKYATAAN KO?DAN SEKIRANYA KO SEORG YG BERPENCEN SEKARANG INI.ADAKAH LESAP WANG PENCEN KO?DAN SEKIRANYA KO MASIH BERKERJA DGN KERAJAAN(MALAYSIA)
SEKARANG INI..ADAKAH KO AKAN LETAKJAWATAN?ATAU GUGURKAH KO PUNYA JAWATAN SEKARANG INI SEKIRANYA PENTADBIR KERAJAAN MALAYSIA SEKARANG INI DIGUGURKAN OLEH RAKYAT?AKU SAYANG PENTADBIR YG MASIH BOLEH MEMBUATKAN AKU DENGAR LAUNGAN AZAN.YG MASIH BOLEH MENEGAK ISLAM,DAN DALAM MASA YG SAMA TIDAK LUPA PADA AGAMA LAIN..KERANA MEREKA MEMPUNYAI HAK DALAM NEGARA.SELAGI PENTADBIR KEKALKAN AGAMA RASMI NEGARA IAINI ISLAM..MELAYU CINA INDIA..INI ADALAH BANGSA.MENJAGA BAIK HUBUNGAN..JGN KEJI.HINA DENGAN PGGLAN YG AKAN MELUKAKAN HATI..SEBAB BANGSA LAIN PUN ADA YG MEMELUK AGAMA ISLAM..INI MALAYSIA YANG KAMI RAKYAT NAK..BUKAN SEPERTI PERBELAHAN YANG DIPINTA OLEH KO WAHAI PENULIS...Anak sulung bukan anak ayah yg bkhidmad utk kerajaan.dan angah lahir ketika ayah
berkhimad untuk kerajaan..tp mereka dr ayah dan ibu yang sama..adakah along x layak mendapat makan,perbelanjaan disebabkan oleh kelaian perkhidmatan?along mesti diberi sama mcm angah kerana atas dsr tggjawab wajibpenjaga.yang diamanahkan oleh
Allah...pikirkan pikirkan wahai penulis.jgn terlalu taksub..Hamba Allah ko syaitankan..ak bukan YB..ak HANYA RAKYAT MALAYSIA..bknnya 1Malaysia..jgn merubah nama Tanahairku..MALAYSIA..