Geng Bas Sekolah

November 29, 2012

Kerjasama DAP PAS Bagaikan Pakatan Likud-Yisrael Beitenu

MEMANG benar seperti yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pakatan pembangkang tidak boleh dibiarkan sama sekali memerintah Malaysia kerana mereka boleh menyebabkan negara ini porak-peranda berikutan sikap tidak mempercayai antara satu sama lain.

Paling menarik adalah apabila beliau menegaskan kebijaksanaan perkongsian kuasa yang diamalkan oleh UMNO bersama-sama parti komponen Barisan Nasional (BN) telah memungkinkan Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun negara kita mempunyai berbagai bangsa dan kaum.

"Kebijaksanaan pemimpin BN terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur turut membolehkan negara ini kekal aman, makmur dan sejahtera," tegas beliau ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Walaupun mempunyai perbezaan ideologi perjuangan politik yang amat berbeza dan kadang kala bertentangan di antara Pas, DAP dan PKR, mereka sanggup bersatu walaupun secara semu hanya semata-mata untuk memastikan matlamat ke Putrajaya tercapai.

Pakatan Pas-DAP-PKR ditakrifkan sebagai semu kerana kerjasama mereka hanya sebagai kepentingan pilihan raya untuk meraih undi sebanyak mungkin. Oleh kerana terdapat terlalu banyak kepincangan dalam pakatan tersebut ia tidak boleh dijadikan sebagai dasar perjuangan. Perhatikan sahaja corak kepimpinan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang bercelaru kerana tiada persefahaman di antara ketiga-tiga parti tersebut.


Taksubnya ketiga-tiga parti pembangkang yang menjadikan Putrajaya sebagai sasaran sehingga sanggup bekerjasama boleh diibaratkan ketaksuban Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang mahu memastikan beliau terus menjawat jawatan tersebut selepas pilihan raya yang bakal diadakan pada Januari 2013.

Parti pimpinan Netanyahu iaitu Likud telah memutuskan untuk bersatu dengan parti pimpinan Menteri Luar Avigdor Lieberman iaitu Yisrael Beitenu yang akan dikenali sebagai entiti Likud Beitenu khas untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Memang benar Likud dan Yisrael Beitenu adalah dua parti utama yang membentuk kerajaan campuran Israel pada ketika ini tetapi kerjasama kedua-duanya terjalin semata-mata untuk menubuhkan kerajaan campuran. Tetapi kerjasama pra-pilihan raya adalah sesuatu yang baru dan menakjubkan kerana walaupun kedua-dua parti itu berhaluan ekstrem kanan tetapi mempunyai ideologi perjuangan yang berbeza.

Sebagaimana Pas, DAP atau PKR jika bergerak bersendirian menghadapi pilihan raya tidak memungkinkan memiliki beberapa negeri seperti hari ini, sama juga dengan Likud dan Yisrael Beitenu jika tidak bergabung sudah pasti tidak mampu membentuk kerajaan selepas pilihan raya Januari akan datang.

Pada ketika ini Likud dan Yisrael Beitenu masing-masing hanya mempunyai 27 dan 15 kerusi dalam Knesset yang keseluruhannya memperuntukkan 120 kerusi. Netanyahu dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya 2009 hanya kerana Likud mempunyai jumlah kerusi paling banyak berbanding dengan parti lain dalam kerajaan campuran. Selain Yisrael Beitenu, parti lain seperti Shas (11 kerusi), Buruh (13 kerusi) and The Jewish Home (3 kerusi) hanya mempunyai jumlah kerusi minoriti.

Wujudnya kerjasama Likud Beitenu akan memastikan Netanyahu kekal sebagai Perdana Menteri sementara Lieberman yang pada ketika ini Menteri Luar akan mendapat jawatan yang lebih berpengaruh seperti Menteri Pertahanan. Sebab itu Netanyahu dan Lieberman sanggup bekerjasama walaupun mendapat tentangan daripada ahli parti semata-mata kerana kepentingan jawatan.

Lieberman sebagai Menteri Luar diibaratkan sebagai duri dalam daging dalam kerajaan Netanyahu kerana banyak percanggahan dasar di antara kedua-duanya terutama sekali yang melibatkan isu Palestin. Lieberman umpamanya mahu mengurangkan pergantungan kepada Amerika Syarikat (AS) dan pada masa sama mengeratkan hubungan dengan Rusia yang jelas bertentang dengan strategi Netanyahu.

Masalah yang lebih rumit pasti akan timbul apabila Lieberman menjadi Menteri Pertahanan tetapi Netanyahu sanggup mewujudkan kerjasama semata-mata kerana kepentingan mengekalkan jawatan. Seperti mana telah berlaku bibit-bibit pergeseran dasar dalam pentadbiran negeri pembangkang, tetapi masih mahu meneruskan pakatan hanya kerana mengejar Putrajaya.

Tidak keterlaluan juga jika diibaratkan pertembungan dasar di antara Netanyahu dan Lieberman adalah selari dengan pertembungan di antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sering berlaku. Pertembungan kedua-duanya menyerlahkan lagi kecacatan konsep Tahaluf Siyasi yang diperjuangkan Pas sebagai dalil kerjasama politik parti pembangkang.

Amat menarik sekali jika dipetik kegusaran ahli parti Likud terhadap kewujudan Likud Beitenu yang antara lain meluahkan kekecewaan mereka. Kebanyakan ahli parti Likud mempunyai pandangan bahawa kerjasama dengan Lieberman tidak akan menterjemahkan penambahan jumlah undi kerana pengundi yang tidak menyokong sama ada Netanyahu atau Lieberman sudah pasti tidak akan mengundi gabungan Netanyahu-Lieberman.

Sebaliknya parti Likud besar kemungkinan akan kehilangan undi sedia ada kerana terdapat kemungkinan penyokong Netanyahu sedia ada akan beralih hati akibat kewujudan Lieberman. Walaupun suasana politik Malaysia dan Israel adalah jauh berbeza tetapi Tahaluf Siyasi Pas perlu dinilai semula supaya tidak ada pihak yang terjerat.

1 comment:

Anonymous said...

SEBAB TU PASRAEL SANGGUP MENDOAKAN KEHANCURAN UMAT ISLAM YG LAIN SEMATA2 NAK SELAMATKAN PENGANUT AGAMA ISLE PASRAEL DAN KOMUNIS. NAK KE PUNTRAJAYA PUNYE PSL HARRKKKK PTUIHHH!!! (DAH LAMA FUCKATAN KNE LUDAH!..KEHKEHKEHKEH )