Geng Bas Sekolah

November 8, 2012

Al Fatihah Buat Blogger Yasmin Hunwick


Aku terbaca mengenai arwah ni sewaktu merayau didalam facebook. Yasmin Johan Eusoffe atau dikenali sebagai Yasmin Hunwick telahpun meninggal dunia pada 3 Jun 2012 yang lalu. Aku sendiri langsung tidak pernah mengenal arwah tetapi merasa terpanggil untuk berkongsi cerita ini.

Hati aku tersentuh bukan sahaja kerana arwah ni meninggal dunia akibat kemalangan tetapi kerana dapat melihat betapa dia disayangi oleh ahli keluarga, rakan rakan dan juga orang yang tidak pernah mengenali dirinya. Bayangkan arwah hanya seorang gadis biasa tetapi setelah kematiannya, arwah dikenang dan diratapi oleh orang ramai.


Bukan semua orang dapat nasib sebegini. Ramai diantara kita terus dilupai apabila dia meninggal dunia. Hanya mereka yang pernah membuat jasa, yang baik dan beramal soleh sahaja sentiasa dikenang, disayangi dan menjadi sebutan ramai walaupun telah meninggal dunia.

Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.

Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar.

Itulah kuasa Allah. Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Intagram.


Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian.

Sejurus mendapat berita mengenai ketiadaan arwah, ramai rakyat Malaysia yang tak putus-putus menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.

Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:

“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi.

We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.

“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

Klik sini "Her Illusionist" untuk ke blog arwah yang kini diselenggara oleh ibunya sebagai tanda kenangan.

Ternyata Allah lebih menyayangi arwah. Semoga  arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman - Al Fatihah...

2 comments:

Anonymous said...

AL-FATIHAH...MOGA2 ROHNYA DI CUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORG YG SOLIH DAN BERIMAN...AMINNNN

gOReNg tiMUn said...

Al-fatihah...