Geng Bas Sekolah

November 8, 2012

UMNO Gagal Bantu Peniaga Melayu Kuasai KLCC


Masih menyentuh isu Diskriminasi Suria KLCC terhadap peniaga2 Melayu ... hairan kan, TIDAK ADA bunyi langsung dipihak pemimpin2 Melayu terutamanya dari Umno ? WHY? WHY ?

Kenapa hiruk pikuk gempa satu negara bila ada ura2 kerajaan Selangor mahu jual harta2 GLC kononnya tidak mementingkan Hak orang Melayu.... tapi dalam isu Suria KLCC ..... sunyi sepi ?

Adakah kerana tidak ada laba politik malah bakal mengundang bala pula jika diperjuangkan hak peniaga2 Melayu untuk berniaga di Suria KLCC ?

Sekali lagi saya bertanya - SIAPA yang sebenarnya memperjuangkan Survival Bangsa Melayu  ?

Nak tahu kenapa UMNO SENYAP ? Ini dia jawapannya-

Perhimpunan Agung Umno 2011 mencatat sejarah apabila semua perwakilannya bersumpah bai'ah untuk taat dan setia kepada parti.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumpah bai'ah berkenaan dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan Umno dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, Sabtu.

Ikrar sumpah bai'ah yang diketuai Muhyiddin berbunyi:

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Ikrar beliau itu disambut dan dibaca oleh semua perwakilan di dalam dewan.

Amati betul2 Baiah diatas ....... ada atau tidak disebut tentang Memperjuangkan dan Mempertahankan Hak Bangsa Melayu ?

Apa yang diulang2 adalah - Kemenangan Umno di PRU13 !

Apakah sekarang parti diletak melebihi perjuangan bangsa Melayu ? Kemenangan Umno at all cost walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan sendiri ?

Itulah sumpah orang Umno

APA BEZANYA UMNO DENGAN PAS ?

Sumber : Dinturtle

KLCC terletak di Malaysia. Tetapi sayang orang melayu tersisih di negara sendiri. Hinggakan peluang untuk berniagapun disekat. Mungkin sudah tertulis, hanya orang cina dan orang asing sahaja yang layak berniaga di gedung gedung mewah sedangkan orang melayu hanya layak dicampak ke kawasan pendalaman mengais sampah sarap.

1 comment:

Anonymous said...

saya salah seorg melayu dklcc. tiada ada masalah, ok je