Geng Bas Sekolah

October 23, 2012

Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia Hanyalah Gimik Pilihanraya


Perkembangan dan masa depan institusi pengajian pondok di Negara ini akan bertambah kukuh berikutan pembentukan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M).

Idea cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga penaung YPP1M itu, membolehkan organisasi berkenaan berfungsi sebagai pertubuhn bukan kerajaan (NGO) yang memayungi semua institusi pondok dan mengenal pasti potensi serta masalah institusi itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata ia juga bagi mengubah persepsi sesetengah pihak yang menyifatkan pengajian pondok sebagai mundur dan tidak berkembang.

Kikis imej negative “imej pelajar pondok sebagai kelas kedua, golongan taksub serta pelampau mesti dikikis kerana ia amat bertentangan dengan kewujudannya selama ini. “

Selain itu, matlamat utama YPP1M ialah mengiktiraf sumbangan institusi pondok terhadap pembangunan pendidikan agama selain bagi menghargai jasa ulama, tok guru dan tok mudir melahirkan generasi mahir ilmu agama,” katanya pada sidang media, di dini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YPP1M, Juhaidi Yean Abdullah serta Ahi Lembaga Pemegangnya, iaitu Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; Felo Kehormat Institut Pemikir dan Tamadun Islam Amtarabangsa (ISTAC), Prof Dr Uthman El- Muhammady serta Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Badli Shah Alaudin.

PM lancar YPP1M Bancian YPP1M dari Ogos hingga September lalu mendapati ada 110 pondok berdaftar di Negara ini yang dijangka bertambah selepas pusingan kedua bancian dilaksanakan tidak lama lagi.

Mashitah yang juga Penasihat YPP1M, berkata antara aktiviti awal yayasan itu ialah mewujudkan pangkalan data institusi pondok dan dimasukkan dalam direktori untuk akses orang ramai yang akan sentiasa dikemas kini bagi memudhkan masyarakat khususnya ibu bapa mendapatkan maklumat mengenai institusi berkenaan.

Perdana Menteri dijadual melancarkan YPP1M bersama laman web yayasan itu pada 8 November ini di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang yang dijangka dihadiri 400 pelajar pondok, selain menyampaikan Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada tiga ulama serta Anugerah Pondok Contoh 2012 kepada tiga pondok terpilih.

Habis mengelepar puak PAS bila tahu benda ni. Nak pulak pemimpin mereka ayatollah Nik Ajis.Tak tahu nak pusing apa dah lepas ni. Tapi aku tak pelik kalau dorang lepas ni bantai pulak yayasan ni. Biasalah biawak politik, apa saja akan dorang politikkan termasuklah ayat Al Quran sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

terbaikk utk BN dan umno...tahniah

Anonymous said...

KEHKEHKEH WALLY SLIPAU KLU TENGOK NI MESTI MUNTAH DARAH LER BROO...DI BWH REJIM PAS SEKOLH PONDOK DAH MCM REBAN AYAM PUN ADE..ITU PSL PARASIT2 ALA2 TALIBAN BYK MENETAS KAT SKOLAH PONDOK KELOLAAN REJIM PAS KEHKEHKEHKEH