Geng Bas Sekolah

October 15, 2012

SPRM Alat CIA ?


TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Shukri Abdul mula diragui kredibiliti serta intergriti beliau yang dilihat lebih condong serta memberikan perhatian yang luar biasa terhadap kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin kerajaan ataupun penyokong-penyokong Barisan Nasional dan lebih malang lagi beliau dikatakan antara  penyokong tegar PAS apabila melihat kepada latar belakang keluarganya di Kedah dan orang Kedah tahu kedudukan bapa Shukri dalam PAS Kedah..

Shukri Abdull sebelum ini pernah menjadi  Pengarah BPR  Kelantan pada tahun 1990an dikatakan seperti tidak berminat  dan bersungguh-sungguh untuk mendakwa kes-kes yang melibatkan kepimpinan pembangkang dan kalau ada tindakan pun mahkamah akan membebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang cukup dan ini berbeza dengan kes-kes yang melibatkan kepimpinan kerajaan walaupun baru khabar angin sudah ada arahan untuk menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.

Pandangan serong mula dihalakan kepada Shukri Abdull apabila melihat kepada betapa efisen atau bersungguhnya unit yang beliau ketuai untuk menyelongkar dan mencari hingga ke akar umbi bukti-bukti untuk disabitkan apabila dikaitkan dengan pemimpin-pemin kerajaan ataupun pemimpin Barisan Nasional dan sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang didajwa di mahkamah kerena rasuah atau menyeleweng.Adakah dimata Shukri,semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini suci bersih?

Baca selanjutnya disini

Huh SPRM ni walaupun ditukar nama banyak kalipun, tetap tak boleh percaya. Patutnya semua pegawai pegawai lama Kerajaan ni ditukar je. Jangan bagi pegang jawatan terlalu lama. Setakat pindah tempat, perangai busuk tetap tak akan boleh ubah.

Aku rasa patutnya level pencen diturunkan balik seperti dahulu. Cukup 55 tahun, terus pencen. Tak payah disambung sambung dah. Kalau lama disimpan, orang busuk macam ni boleh korupkan Kerajaan, Lagipun Malaysia ni dah terlalu ramai golongan muda yang layak masuk dan ganti pegawai pegawai dinosaur ni. Selagi simpan pegawai dinosaur, selagi itulah peluang anak muda gagal mendapat pekerjaan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: