Geng Bas Sekolah

October 15, 2012

Nasharudin Lidah Panjang - Nik Ajis


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai seorang yang 'lidah panjang' iaitu orang yang suka menghasut ekoran tindakannya sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan parti.

Pada masa yang sama, Nik Abdul Aziz juga mempersoalkan tindakan Nasharudin kerana tidak berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sehingga mencetuskan isu yang boleh melemahkan parti itu.

"Dia ini mengarut, mengapa timbul sekarang mengapa tak timbul dulu. Buat apa sekarang baru timbul, masa menjadi calon Pas di Bachok, kenapa tidak timbulkan masa itu. Dasar lidah panjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Keluarga Mawaddah di sini hari ini.

Sebaik sahaja menjawab soalan tersebut, Nik Abdul Aziz terus berlalu pergi malah sebelum 'diterjah' wartawan, seorang pegawai beliau beberapa kali mengingatkan sidang akhbar tidak akan diadakan.

Sejak kebelakangan ini, pegawai Nik Abdul Aziz sering menghalang wartawan daripada mendekati Nik Abdul Aziz dan sidang akhbar akan dipendekkan sekiranya ada soalan 'panas'.

Difahamkan tindakan itu dilakukan kerana pemimpin Pas bimbang perkara tersebut dijadikan isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Nik Abdul Aziz tetap mahu Pas bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar umbi termasuk Nasharudin sendiri.

Ekoran daripada kenyataan itu, Nik Aziz telah dibidas oleh beberapa tokoh Islam kerana terlalu taksub untuk bekerjasama dengan DAP walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam dan ahli akar umbi parti itu.


Sentap betul Nik Ajis bila sebut nama Nasharudin depan dia. Memang dia betul betul emo ler sekarang ni yek. Nak pulak bila Nasharudin memang baik dengan orang islam yang diluar parti politik duniawi dia. Dia memang tak boleh nak terima kenyataan tu. Takpe kalau Nik Ajis rasa dah tak boleh tahan, letak je lah jawatan. Husam Musa pun tengok dah macam tak tahan nak jadi next MB Kelantan hehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

ustaz pas hina sultan selangor

http://www.facebook.com/wanji.attaaduddi

http://www.facebook.com/groups/266955283363745/?ref=ts&fref=ts

mohon ambil tindakan bagi membela institusi ketuanan melayu