Pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.
Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.
Menurutnya, kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian.
"Gereja ialah tempat yang sangat suci. Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik.
"Memang kita berhak untuk menyuarakan rasa tidak adil terhadap sesuatu perkara tetapi saya merasakan ketika ini, keadaan Malaysia bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil alternatif untuk mencampuradukkan soal spiritual dan politik," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang menggesa penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.
Guan Eng ketika bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' yang merupakan slogan pakatan pembangkang.
Lepas ni bertempur pulak orang india dengan orang cina pasal berebut gereja. Tapi aku tak pelik kalau Guan Eng beriya nak guna gereja sebab dia meniru PAS yang gunakan agama sebagai topeng untuk menutup kemelut masalahkroni dan rasuah didalam parti.
Guan Eng tengok Nik Aziz boleh kontrol pengikut dia menggunakan topeng agama, sebab itulah Guan Eng pun guna gereja cuba kontrol orang kristian kat Malaysia. Hebat hebat permainan dia.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
KEHKEHKEH KLU CMTU WALLY SLIPAU BLEY JEMPUT KETUA PADERI KASI CERAMAH POLITIK DLM MESJID...PAS 4 ALL STUPID PEOPLE BROO HUHUHU
Post a Comment