Geng Bas Sekolah

October 8, 2012

Ancaman Kopitiam Haram Kepada Umat Islam


Syarikat pengasas acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Shapers Malaysia Sdn. Bhd. (Shapers) memberi amaran kepada orang ramai bahawa terdapat kopitiam atau restoran tidak halal yang menjadi fenomena komuniti bandar di negara ini.

Menyedari masalah itu, Shapers turut merancang untuk menggerakkan aktiviti dan industri halal di negara ini dengan lebih aktif supaya hal itu menjadi budaya penting rakyat, keseluruhannya.

Pengurus Besar Shapers Malaysia, Mohd. Shukri Abdullah berkata, masih terdapat rakyat beragama Islam di negara ini yang tidak mengendahkan status halal sehingga menganggap semua restoran dan gerai di negara ini adalah halal.


Beliau menegaskan, ramai juga yang tidak tahu bahawa banyak restoran yang menggunakan platform kopitiam berkonsepkan moden dan bersih, tetapi kenyataannya tidak halal kerana menggunakan sumber makanan yang tidak sah dari syarak.

Kopitiam Old Town tidak halal (klik sini)

No comments: