Geng Bas Sekolah

September 12, 2012

Nik Aziz Merajuk Nasharuddin Kekal Dalam PAS


Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.

Sepanjang 20 minit itu, Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya, Datuk Haron Din.

Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media, akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu.

Menurut penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man itu, tindakan Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat tersebut disebabkan MB Kelantan itu mengadu tidak sihat serta sedikit kepenatan.

Punyalah jauh datang dari Kelantan semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat penting di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur tiba-tiba saja alasan masalah kesihatan dan kepenatan dijadikan sandaran untuk melepaskan dirinya dari dikritik oleh ahli dan penyokong PAS. - Pahang Ku


Hehehehe biasalah orang tua. Patutnya dalam usia sekarang Nik Aziz ni patut duduk berehat je. Nak kekal jawatan dalam PAS tu lantaklah tapi jawatan MB tu bagilah pada orang lain. Ini dua jawatan besar nak pegang, lepas tu terkejar sana sini. Memang matilah jawapnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

3 comments:

ahmad zikron said...

akan jatuhlah pas bila nik aziz bersara..takde yang layak untuk isi tempat nik aziz..

Anonymous said...

Anda silap besar...

Walaupon nik aziz dtg jauh tp mmg die x sehak
Tp...ape kan daya...
Nik aziz malu alang pulok nk gune tele-video conference kerna nanti dicemoh masy krn menggunakan 'besi' sbg alat mesyuarat...
Hj hadi dah usha slack dah dgn nik aziz...hahahaha

Anonymous said...

Kalau nik Aziz tak ada.. Pas tetap kuat dan lebih progresive lagi.. Pas Ada Mohd Sabu.. Datuk Mahfuz Omar..kamarudin Jaafar..Husam.. Rani..Tantawi yg lebih bertenaga.....

Nik Aziz adalah liabiliti untuk Pas menunjukkan Pembangunan untuk rakyat..