Geng Bas Sekolah

September 24, 2012

Jangan Tunduk Kepada Kehendak Bangsa Asing


Terbaharu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikhism dan Taoism, mendesak kerajaan dengan idea gilanya, supaya mata pelajaran agama-agama lain, mengikut nama pertubuhan agama tersebut, turut dijadikan mata pelajaran wajib anak-anak mereka, selain daripada mata pelajaran agama Islam untuk pelajar Islam. Dahulu, di waktu kecil, masih belum memeluk Islam, saya mengambil mata pelajaran agama Islam sebagai pilihan menggantikan lukisan.

Hasilnya, saya lebih mengenali mulia ini selaku agama persekutuan, menjadikan saya lebih memahami orang Melayu Islam selaku penduduk asal, sebelum mengambil keputusan memeluk Islam pada usia 20 tahun. Pemelukan agama Islam, bukan disebabkan oleh orang Melayu, tetapi keindahan agama Islam yang tidak ada tolok bandingnya. Maka, hari ini ,sudah sewajarnya mata pelajaran agama Islam diwajibkan kepada semua pelajar.

Bukan bertujuan untuk berdakwah kepada mereka agar memeluk Islam, tetapi mereka perlu mengetahui dan memahami isi kandungan umum agama persekutuan ini, bagi mengelakkan kekeliruan. Islam mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding agama lain. Lagipun semua nilai-nilai moral Islam turut dikongsi oleh agama lain. Pada penganut agama lain, mereka hanya berteori sahaja, akan pentingnya agama dijadikan amalan hidup. Tetapi dari segi praktikal, jauh sekali untuk diamalkan. Amalan seperti seks bebas, judi, arak, zina, dan sebagainya langsung tidak ditegah.

Malah diiktiraf sebagai hak asasi manusia. Artikel ini bukan bertujuan menafikan hak bukan Islam yang tinggal dalam sebuah negara Islam. Tetapi permintaan mereka untuk mengajar agama masing-masing di sekolah terlampau ultra kiasu dan mempunyai niat jahat untuk meminggirkan agama Islam. Wal hal, berapa kerat sahaja pelajar-pelajar ini untuk diajarkan agama masing-masing dengan keperluan guru yang amat terhad, berbanding kita rangkumkan sekali dalam mata pelajaran moral, sudah lebih dari mencukupi.

Namun, ini sifat kaduk naik junjung, diberi betis hendak peha. Kementerian pelajaran tidak sepatutnya berbincang dan melayan mereka. Jangan gadaikan kepentingan agama, hanya kerana undi. Yakinlah, mereka tidak akan mengundi UMNO, walaupun apa juga permintaan mereka dipenuhi. Kumpulan ini terlalu ultra kiasu dan licik. Saya amat yakin mereka akan mengundi ultra kiasu. Mereka mahukan layanan sama seperti mana kedudukan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah.

Mereka sengaja tidak mahu sedar, siapakah diri mereka sebenarnya? Sejarah sengaja mahu dipadamkan. Selepas ini, mereka akan mendesak supaya rumah ibadat mereka turut didirikan di sekolah dan gambar-gambar patung-patung dan pemimpin agama mereka dibenarkan ditampalkan di dinding-dinding sekolah. Mereka bukan tidak sedar akan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Mereka fahami semua itu. Saya tidak yakin mereka jahil. Kenapa mereka mendesak sedemikian rupa? Tidak lain, untuk mematikan dan menghancurkan kedudukan dan keistimewaan agama Islam dalam undang-undang.

Bila tidak ada lagi keistimewaan ini, maka tercapai hasrat mereka untuk mendapatkan ‘fair and square’. Jika saya menteri pelajaran, sudah pasti saya mewajibkan subjek ini diajar untuk bukan Islam memahami agama persekutuan ini daripada dipermainkan. Majlis ini juga mendesak supaya kerajaan memberikan mereka lesen untuk membina sekolah agama sendiri. Alasannya, jika sekolah swasta dibenarkan, kenapa tidak mereka.

Ingatan saya kepada kerajaan, apakah Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan sekalipun bantuan diberikan? Jawapannya. Tidak? Mereka tidak akan berganjak dengan keputusan mereka sendiri, dengan mengenepikan arahan kerajaan, sekalipun tindakan kekerasan digunakan.

Saya cadangkan membawa idea gila ini ke negara China atau India. Jika di sini sudah tidak ada kebebasan lagi di isni. Bagaimana dengan tadika-tadika missionari kristian digereja-gereja yang berlambak sehingga ada Melayu yang diKristiankan? Apakah ini bukan kebebasan beragama. Ultra kiasu ini perlu diajar supaya tidak terlalu kurang ajar.

Perlukah kita melayan agama Kristian, Sikh dan Taoisme yang rata-rata kurang daripada 10 peratus penganutnya? Bagaimana pula dengan agama anamisme orang Asli yang lebih berhak selaku pribumi tanah ini? Begitu juga agama-agama lain. Jika mereka mahukan nilai agama dihayati, dan mahukan lahirkan masyarakat bermoral, bermula sekarang haramkan anak-anak bergaul bebas, LGBT, bersedudukan sebelum kahwin, berjudi, berkasino dan sebagainya.

Persoalannya, kenapa bila kerajaan mahu mengharamkan perkara tersebut, penentangan demi penentangan dilakukan. Apakah kita masih buta dan tidak nampak perancangan jahat mereka. Kenapa hukum hudud ditentang sedangkan nilai yang dibawa amat baik? Keadaan yang ada hari ini sudah cukup baik. Matapelajaran moral yang diajar untuk cukup beramal dengan nilai-nilai agama. Persoalannya, kenapa nilai-nilai ini tidak dihayati? Jawapan, mereka tidak sensitif dengan nilai agama kerana dianggap menyusahkan dan bertentangan dengan hak asasi.

Di rumah mereka tidak diajar dengan nilai-nilai ini. Malahan mereka tidak menegurkan anak-anak yang membawa teman lelaki untuk tinggal di rumah. Malah digalakkan lagi jika teman mereka itu kaya raya. Justeru, janganlah hendak menipu pemimpin-pemimpin Islam di negara ini atas nama hak asasi manusia Hak yang telah diberikan lebih daripada mencukupi. Pergi kira berapa banyak rumah ibadat yang berselerakan di bumi Malaysia ini, lebih daripada 200 ribu, sedangkan masjid surau hanya ada dalam sekitar 30 ribu. Tokong Hindu sahaja sudah melebihi 100 ribu, berdekatan dan bersebelahan antara satu sama lain seperti di Serdang (UPM).

Kenapa kerajaan atau penguatkuasa atau UPM sendiri tidak mengambil tindakan? Jawapannya, adalah TAKUT. Naib Canselor (NC) takut dibuang jawatan. Apabila NC takut, orang bawah NC semuanya akan jadi takut, kerana semuanya mengidam untuk jadi NC. Inilah politik Melayu yang akan menjahanamkan bangsa Melayu sendiri.

Bak kata pepatah ‘jangan sampai keris sendiri menikam orang Melayu’. Ingatlah wahai umat Melayuku yang rata-ratanya seagama denganku, jika saudara semua terlalu berpolitik dan berpecah, tuan-tuan tidak akan menjadi tuan lagi.

Tuan-tuan akan menjadi hamba di bumi sendiri. Percayalah. Orang lain terus aktif dengan perancangan jahatnya. Lihatlah contoh Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Pertubuhan ini amat aktif sekali menyebarkan dakyahnya. Selain daripada bantuan Soros, mereka juga mendapat dana daripada sebuah think tank Jerman yang berpusat di sini, untuk memusnahkan agama Islam di negara ini.

Jika kita terus bersangka baik, suatu hari ini nanti kita akan punah. Sebenarnya banyak lagi pertubuhan luar negara yang menyalurkan dananya untuk menghancurkan Islam. Saya yakin kita menyedarinya, termasuklah pertubuhan yang mendesak kerajaan untuk memperkenalkan mata pelajaran agama bukan Islam di sekolah, apakah kita masih buta? Jika kita sengaja membutakan mata atau pura-pura buta, hanya kerana kepentingan politik, kita akan menyesalkan suatu hari nanti.  

Sumber : Ridhuan Tee
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Servant of God said...

Saya sangat gembira lihat orang muda seperti saudari yang mengambil tahu akan perkembangan politik dan nasib bangsa kita.

Semoga adik dapat menambah ilmu dan semakin lantang bersuara dan menegakkan syariat Islam dan nasib bangsa Melayu.

May Allah SWT bless you always.

Anonymous said...

DIORANG NIH SPESIS TAK TAU BERSYUKUR BROO..DAH KASI BETIS NAK BONTOT!..TU PSL ANUWAR X KESAH KLU NEGARA NI KENE JUAL KER APE KER..KITE JGN KASI PELUANG KAT MAMAT HARAMJADAH TUH >:D