Geng Bas Sekolah

August 28, 2012

Nasharuddin Atau Hj Hadi Yang Bakal Tersungkur Dipintu Syurga ?


Sejak kebelakangan ni, semakin banyak spekulasi yang dibuat mengenai nasib ustaz Nasharuddin baik di pihak PAS mahupun dipihak UMNO. Semuanya bermula apabila ustaz Nasharuddin mempertikaikan kenyataan Karpal Singh yang menolak hudud dan juga tingkahlaku ustaz Nasharuddin yang lebih lembut dan terbuka terhadap umat islam yang bukan ahli PAS.

Pada mulanya ramai yang beranggapan ustaz Nasharuddin bakal dipecat seperti Hassan Ali tetapi sehingga kini ianya masih menjadi teka teki. Berbeza dengan pemecatan Hassan Ali sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.

Walaubagaimanapun Ustaz Nasharuddin masih mempunyai banyak sokongan terutama dikalangan akar umbi malah dikalangan golongan yang mengaku diri mereka ulama. Mereka yang mengaku ulama sebenarnya dapat melihat dan merasa parti PAS semakin berubah arah perjuangan apabila pemimpin PAS dilihat terlalu menurut kehendak PKR dan DAP demi mendapatkan kuasa politik.

Oleh kerana itu Ustaz Nasharuddin diberi peluang menjelaskan tindakan beliau kepada pimpinan majlis syura. Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan menyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: