Geng Bas Sekolah

August 1, 2012

Askar Zionis Didalam Tentera Malaysia

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mengenali pegawai yang masuk ke kem tanpa pakaian seragam, seorang anggota tentera yang ditugaskan di pondok pengawal cedera dibelasah pegawai itu yang dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa gagal memberi tabik hormat.

Malah, mangsa dikatakan dibelasah dua lagi pegawainya yang menerima laporan tindakan mangsa itu menyebabkannya pengsan, Sabtu lalu.

Difahamkan, Ahmad Abu, 21, baru seminggu ditugaskan di 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD) Kem Sungai Besi, di sini, dari 72 Skuadron Semboyan Diraja (72 SSD) Kem Imphal.

Ahmad yang mengalami pendarahan dalam kepala, bengkak badan dan tangan diterajang tiga pegawai terbabit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), awal pagi Sabtu lalu untuk rawatan lanjut sebelum dibenarkan masuk ke wad biasa petang keesokannya.

Menceritakan kejadian itu, Ahmad mendakwa bertugas di pondok pengawal pada jam 1 tengah hari, Sabtu lalu sebelum sebuah kereta dinaiki seorang lelaki berpakaian biasa memasuki kem.

“Dia memberhentikan kereta dan menghampiri saya. Dia mendakwa seorang pegawai dan memarahi saya kerana tidak memberi tabik hormat. Dia menendang perut dan membelasah saya bertubi-tubi. Selepas itu, pada jam 2 petang, saya dipanggil ke kem dan dibelasah pula dua pegawai lain menyebabkan saya sakit perut dan pening,” katanya.

Menurutnya, dia dibawa ke bilik rehat kerana kesakitan, tetapi pengsan ketika rakannya mahu membawanya pulang ke bilik pada jam 6 petang. Ahmad kemudian dihantar ke PPUKM untuk rawatan dan dimasukkan ke ICU akibat kecederaan dalaman.


Jahat gila askar ni. Patut ditembak je sampai mati tiga orang pegawai tu. Hidup lamapun tak guna lah. Sibuk nak bertabik, dalam kuburpun bukannya malaikat pedulipun kat kau. Malaikat belasah je kau tak pedulipun apa pangkat kau atas dunia ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

ITU BKN ASKAR BROO...ITU GURKHA!..TINDAKAN DIORANG DAH MENJATUHKAN MARUAH ASKAR YG LAIN YG IKHLAS NAK BERKHIDMAT...ADOIYAIIII

Anonymous said...

Maafkan saya singgah sebentar di wall ini, begitu tertarik dengan artikel ini. For me there must been sumthing yang menyebabkan tindakan tersebut. Fahaman rejimental mesti dijaga dalam ketenteraan. Kalau si polan tu kerja di pondok pengawal, tugas dia adalah untuk memastikan keselamatan pangkalan. Bab yang salute tu, kenapelah x bagi hormat, kan pada setiap kenderaan da tertera samaada pegawai atau x. X bole ckp x kenal, sebab kalau x kenal si polan tu mesti kena tahan dan tanya. So si Jeffry tu pada saya sgt pendek akal..