KUANTAN - Aksi acara Bolasepak bagi temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang tiba ke acara kemuncak 14 Julai 2012 bakal mempertemukan pasukan Sabah menentang Perak. Seawal awal petang semalam, Perak berjaya menundukkan Wilayah Persekutuan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 dengan jaringan gol 4 - 2.
Sementara pasukan Negeri Sembilan yang berjaya menewaskan Pahang sebelum ini gagal untuk meneruskan saingan apabila mereka tumpas kepada Sabah. Walaupun Negeri Sembilan bermula dengan garang dan mendahului seawal separuh masa pertama, Sabah berjaya merapatkan jaringan pada masa tambahan sebelum wisel dibunyikan.
Aksi separuh masa kedua memperlihatkan jentera serangan Sabah terus menyerbu ke gawang gol Negeri Sembilan dan berjaya melepasi penjaga gol Negeri Sembilan menjadikan keputusan akhir 2-1.
Sabah bakal bertemu Perak di Stadium Darul Makmur, 14 Julai 2012 jam 8.45 malam.
Sumber: PahangKu
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment