Geng Bas Sekolah

July 13, 2012

SPA Lancau


SPA ni suka buat kerja gila. Tak habis habis menyusahkan rakyat. Sapa bos besar SPA ni. Campak dia ke bawah suruh buat kerja kerja menyapu sampah tepi jalan, kutip sampah, turap jalan biar dia berakal sikit.

Ini dia pergi kerja balik kerja naik kereta mewah, pakai baju mahal mahal, dinner hotel mewah, duduk pejabat sejuk ada aircond, memanglah dia tak merasa kerja susah. Orang dah susah nak cari kerja, dia lagi nak menyusahkan orang.


Kalau yang bijak pandai ada sijil berjela boleh dapat kerja level SPM, habis budak cuma kelulusan SPM ni nak campak kemana? Suruh dorang ambik kerja level UPSR pulak ke? Budak SPM tu pun dahlah tak berpeluang nak ke universiti, bagilah dorang peluang merubah masa depan dengan kerja elok, kerja tetap.

Ini semua nak bagi muka pada budak pandai, budak ada sijil tahap dewa je. Lepas tu yang dah tua, yang sakit sana sini lagi nak simpan lama. Selagi boleh taknak bagi pencen. Suruh dorang pencen bila mati je. Kalau buat undang undang macam tu, memanglah budak budak ni tak dapat kerja. Sampai bilapun takkan dapat.

Aku ni pun SPM je. Minta SPA dah bertahun, tapi sampai sekarang langsung tak panggil temuduga. Ini lagi korang nak bagi budal level tinggi. Agak agaklah woii.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Jeffry said...

KSN BARU NI NAMPAK SANGAT KEMANGKOKKANNYE. WATPE BUDAK SUSAH2 NAK AMIK SPM KLU SIJIL TU DAH LAKU. DIA NAK TENGOK RIBU RIBAN BUDAK2 LEPASAN SPM NAK TANAM ANGGUR?..KNP LER DPT KSN KEPALE SENGET.. ADOIYAIII