Geng Bas Sekolah

July 17, 2012

Mungkin KTM Perlu Didenda Sebegini

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) semalam mendenda sebanyak SG$2 juta (RM4.9 juta) terhadap syarikat operator keretapi, SMRT Corp. Ltd. ekoran gangguan perkhidmatan itu yang berlaku pada hujung tahun lalu, berpunca daripada proses penyelenggaraan yang tidak terurus.

LTA dalam laman webnya berkata, gangguan tersebut yang menyebabkan beribu-ribu pengguna terperangkap dalam laluan bawah tanah selama berjam-jam, boleh dielakkan sekiranya SMRT Corp. Ltd. melakukan penyelenggaraan dengan baik.

"SMRT Corp. Ltd. akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM4.9 juta atas gangguan perkhidmatan yang berlaku di Laluan Utara-Selatan pada 15 Disember dan 17 Disember tahun lalu," katanya. - AFP


Bayangkan kalau pengusaha bas, teksi dan KTM kat Malaysia ni didenda sebegitu. Mesti melompat berguling dorang. Tapi kadang kadang dorang ni memang patut diajar. Bagi perkhidmatan macam celaka. Lepas tu naikkan tambang ikut suka hati terutamanya pemandu teksi. 

Komuter pula sesak macam sardin. Koc wanitapun boleh diceroboh sesuka hati oleh orang lelaki terutamanya pendatang asing. Kawalan keselamatan kurang diberi perhatian. Bila kena denda beribu ringgit, barulah dorang ni berakal sikit.
  
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: