Geng Bas Sekolah

June 12, 2012

Tuan Ibrahim Tak Cukup Kerusi


PKR Pahang menegaskan tiada istilah 'kerusi pinjam' di negeri itu seperti mana yang didakwa Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Pengerui PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Tuan Ibrahim tidak sepatutnya mendedahkan isu pembahagian kerusi kepada media terutamanya media arus perdana.

Bagaimanapun tegas Fauzi, pihak bersedia mengadakan perbincangan dengan PAS Pahang sekiranya parti itu mahu bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. "Kalau nak (kerusi Parlimen Pekan) tak perlu beritahu orang ramai, bincang dengan PKR Pahang sahaja. Mengapa perlu buat kenyataan terbuka?

"Kita akan mengadakan mesyuarat dengan Pakatan Rakyat (PR) pada Rabu ini dan agenda pembahagian kerusi ada dalam mesyuarat itu. Kita tiada masalah dengan PAS dan DAP. Tiada istilah kerusi pinjam bagi PKR Pahang."

Semalam Tuan Ibrahim berkata parti itu mempertimbangkan untuk mengambil semula kerusi Parlimen Pekan yang "dipinjamkan" kepada PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan kemenangan kekal milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Aduhh mana nak letak muka ni Pak Brahim. Hari tu Pak Brahim tak bagi orang pergi haji. Ini cakap pulak PKR pinjam kerusi PAS. Sekarang Fauzi dah cakap kerusi tu bukan kerusi pinjam. Maknanya kerusi tu bukanlah milik PAS. Macam mana PAS nak ganti UMNO kalau kerusipun tak cukup. Sampai kena berebut dengan PKR pulak.

Apa kata Pak Brahim pergi pinjam kerusi kat balai raya je lah hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Jeffry said...

KEHKEHKEH TU LER SPESIS PAS YG KITE SEME KENAL..SPESIS TERDESAK!..DEEAYYPIG AWAL2 DH TAU PAS MMG X PENAH CUKUP KERUSI SBB DIORANG DGN PEEGAYAR DAH DPT CUKUP KERUSI TP MASIH BERMIMPI MCM DIORANG TELEBEY KERUSI!..SANGGUP KE PEEGAYRR DAN DEEAYYPIG NK SERAH KERUSI BULAT2 MCM TU JEK SEDANGKAN PRU2008 BYK KERUSI PASRAEL KENE TAWAN OLEH BN..KLU NK SGT KERUSI KASI JEK KERUSI MALAS..BIAR DIA DOK KT UMAH GOYANG KAKI X YAH SUSAH2 MASUK JD CALON KEHKEHKEH