Geng Bas Sekolah

June 12, 2012

Penasihat Ekonomi - Beza Tun Mahathir Dengan Anwar Ibrahim


Perdana Menteri Yemen, Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a, Dr. Mahathir berkunjung ke Yemen pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.

Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr. Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas Perdana Menteri Yemen, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.

Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yemen tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai ‘Keajaiban Malaysia’.

“Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr. Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yemen," katanya.

Sumber: PahangKu


Sejak Tun Mahathir bersara, begitu banyak jemputan yang Tun terima khususnya dari luar negara. Semuanya kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana Tun mentadbir negara ini dengan begitu jayanya terutama ketika negara dilanda krisis ekonomi pada tahun 1997.

Dengan kebijaksanaan Tun, Tun berjaya membawa negara keluar lebih cepat daripada kemelut ekonomi tanpa perlu meminjam wang daripada IMF. Sedangkan ketika itu Anwar Ibrahim yang menjawat jawatan menteri kewangan negara mahu mengambil jalan mudah lagi bodoh iaitu mahu meminjam wang daripada IMF.

Bayangkan kalau Tun mengambil nasihat Anwar dengan meminjam wang daripada IMF, sudah tentu negara masih menanggung hutang yang banyak sehingga sekarang. Ekonomi negara pasti tidak akan berkembang dan pulih. Lihatlah Filipina dan Indonesia yang meminjam wang IMF, mereka masih lagi bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Malah terpaksa membayar hutang yang berjumlah berbilion dollar setiap tahun.

Bagaimana pula dengan ekonomi negeri Selangor sekarang? Adakah Selangor menjadi lebih baik dan kaya dengan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai punaisihat penasihat ekonomi negeri Selangor? Adakah Anwar berjaya membawa masuk pelabur asing untuk melabur di negeri Selangor? Kemasukan pendatang asing terutamanya wanita China adalah.

Jelas Tun Mahathir adalah seorang "genius" yang diciptakan Allah untuk negara ini. Allah menjadikan Tun sebagai pemimpin dinegara ini supaya kita umat islam mampu hidup aman selesa tanpa perlu mengemis kepada negara asing khususnya kepada kaum yahudi sedangkan Anwar Ibrahim lebih rela tunduk kepada kehendak orang orang yahudi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

Anuar na pinjam dengan IMF pasal dia kamcing dengan penyangak penyangak yahudi dah pasti dia dapat kamisen yang banyak , kesian pengikut pengikut regar dia yang ta sedar telah di tipu hidup hidup pulak tu aada yang cerdik pandai

Era said...

AsSalam. nak mintak gambaq ni sat. buleh? nak buh as a group photo kat fb.