Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di Bachok terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Esah Ya, 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.
Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang dirumah salah seorang anak di Kampung Nipah. “Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau.
Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini. “Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui kelmarin.
Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun. Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.
“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya. Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.
Ini adalah salah satu petunjuk yang Allah berikan kepada kita supaya kita semua berfikir tentang keburukan ajaran PAS. Pemimpin PAS bertahun tahun mengajar pengikut mereka supaya menolak dan memusuhi orang orang islam yang tidak percaya kepada parti mereka.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
TU PSL BAPAK KAPIR SKE LAUNG UNDI PAS MASUK SYURGA. TAPI PUAN ESAH REDHA DI HALAU DAN MEMILIH SYURGA ALLAH DRP MASUK SYURGA BAPAK KAPIR..SEMOGA PN ESAH TERUS TABAH YEZZEKKKK
Post a Comment