Geng Bas Sekolah

June 1, 2012

Pemimpin PAS Robohkan Sekolah Agama Rakyat


Gambar di atas menunjukkan Lee Bon Chye menunjukkan senarai tandatangan 30 penduduk Cina bagi membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman. Yang paling sedihnya Radhi Zainon pun setuju bantahan penduduk Cina hanya kerana undi pada PRU13 nanti.


"saya sanggup mati demi mempertahankan Sekolah Agama rakyat ini" -tegas Ustaz Tuan Haji Jamaluddin gurubesar Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman.

"Bagaimana susahnya untuk memberi ilmu Agama kepada anak-anak dikala umat Islam sendiri menentang perjuangan Islam sebegini. Saya ingat zaman komunis sahaja berlaku iaitu ketika darurat dimana tidak seorang pun umat Islam dapat memperlajari Agama Islam secara terbuka.

Tetapi saya cukup kesal setelah hampir 55 tahun kita merdeka minda penjajah masih berada dalam kepala otak pemimpin Islam sehingga sanggup bersama-sama pemimpin kafir bagi menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini.

Baca selanjutnya disini


Selama ni PAS menuduh UMNO mahu menutup sekolah agama rakyat. Tetapi rupa rupanya mereka sendiri yang menutup sekolah agama kerana mengikut telunjuk orang kafir. Malah sanggup berdemo bersama orang kafir membantah sekolah agama untuk umat islam.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: