Geng Bas Sekolah

June 2, 2012

Parasit Hijau Dalam Kerajaan


Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai Pas - pegawai kanan kedua menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dalam tempoh dua minggu ini.

Laporan Harakah Daily menyebut penyertaan beliau menyertai Pas menambah bilangan tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Nik Zain menyandang jawatan Ketua Setiausaha kementerian dari 1998 hingga 2002.

Beliau menyerahkan borang menyertai Pas kepada Presiden Datuk Seri, Abdul Hadi Awang di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Dua minggu lalu, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai parti itu.

Dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online Rabu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya akan menerima penyertaaan ramai bekas pegawai kanan kerajaan.


Aku tak pelikpun kalau ramai pegawai pegawai atau kakitangan awam pencen yang masuk PAS. Sebabnya selama inipun memang kebanyakkan daripada mereka ni yang pro PAS. Nak pulak banyak yang memang berasal dari negeri Nik Aziz. Cuma semasa masih berkerja, mereka tidaklah mengaku. Bila dah pencen barulah masing masing tunjukkan wajah sebenar.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

BIASAK LER BROO..TP DIORANG NI MASIH MKN DUIT PENCEN KERAJAAN GAK..KEHKEHKEHKEH