Geng Bas Sekolah

June 5, 2012

PAS Berpecahbelah - Janji Allah Adalah Benar


Pertelagahan pendapat antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan mereka berdendam antara satu sama lain.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkara itu sebenarnya telah berlaku sejak Nik Abdul Aziz membantah cadangan Abdul Hadi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO.

Katanya, Abdul Hadi selaku Presiden parti merasa tercabar apabila cadangan beliau ditolak mentah-mentah oleh Nik Abdul Aziz.

"Tetapi apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan untuk bermuzakarah bersama UMNO, giliran Abdul Hadi pula menentangnya bagi membalas dendam terhadap tindakan Mursyidul Am Pas itu.

"Walaupun Presiden parti, Abdul Hadi tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana Nik Abdul Aziz telah mengawal sepenuhnya Majlis Syura, badan tertinggi parti tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden PAS itu sekali gus bercanggah dengan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan pendirian undi Pas masuk syurga.

Kedua-dua pemimpin itu turut bercanggah dalam isu Perdana Menteri Melayu yang mana Abdul Hadi menegaskan jawatan tersebut mesti disandang orang Melayu sedangkan Musyidul Amnya tidak kisah mana-mana kaum asalkan individu berkenaan beragama Islam.

Menurut Ramlan, Pas merupakan sebuah parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Islam tetapi sering berpecah-belah sesama sendiri, menunjukkan mereka telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Nik Abdul Aziz yang meletakkan syarat muzakarah supaya UMNO menghapuskan prinsip perjuangannya sedangkan Pas kini dilihat menggadaikan namanya apabila bekerjasama dengan DAP.


Alhamdullilah semakin lama semakin banyak bukti yang Allah tunjukkan kepada kita tentang perangai buruk puak PAS. Sejak bermulanya pembelaan mereka terhadap kes pakcik Anwar tiga tahun lalu, dan sokongan mereka kepada kaum kafir yang memerangi umat islam, akhirnya jiwa mereka menjadi resah gelisah sehinggalah parti mereka berantakan.

Walaupun mereka cuba menunjuk kekuatan dengan himpunan hijau di Kedah minggu lepas tetapi itu tidak lebih dari sekadar gimik kerana didalam PRU, mereka hanya memegang kerusi yang sedikit berbanding parti PKR dan DAP. Malah jika mereka keluar dari PR, adakah mereka akan menang dengan sendiri lalu terus menuju ke Putrajaya ?

Dan bagaimana rakyat mahu membenarkan mereka meneraju kepimpinan negara sedangkan didalam PR pun mereka berbeza pendapat. Inikan pula didalam satu partipun mereka saling menikam antara satu sama lain. Orang yang suka melakukan kerosakan dan memecahbelahkan perpaduan ummat adalah tidak layak menjadi pemimpin negara ini. Jelas mereka hanya akan melakukan lebih banyak kerosakan dan kezaliman kepada rakyat negara ini sekiranya berkuasa.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

3 comments:

Anonymous said...

KEHKEHKEH PAS BERANGAN NK GANTI UMNO. PAS INGAT SENANG BLEY GANTI MCM TU JEK MCM GANTI BAJU? SELAGI PAS TUNDUK DGN DEEAYPIG DAN PEEGAYAR SELAGI TU LER PAS BLEY TERUS BERANGAN MCM MAT JENIN HUHUHUHU

Anonymous said...

pas mana boleh ganti umno.mana nak letak amanat hj hadi,hukum sembelihan macam mana?kalau jadi imam boleh ke?kalau ganti umno bagaimana hukum & fatwa yg telah dijatuhi pada umno terpaksalah terpakai sama.cuba gantikan perkataan umno dengan pas dalam amanat hj hadi apa jadi?

theprofessor said...

Agak-agak dua orang ni yang lebih dulu masuk neraka. Entah ler, nak tanya malaikat di padang mahsyar nanti.