Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera penerangan parti komponen Barisan Nasional (BN) turun padang menjelaskan kepada rakyat fakta sebenar sesuatu isu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini penting kerana sejak Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang terus berkempen pelbagai cara melemparkan fitnah dan dakwaan tidak berasas terhadap BN.
Muhyiddin berkata, BN sentiasa bersikap adil kepada semua kaum di negara ini, malah usaha kerajaan selama ini jelas membawa pelbagai kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat, yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.
“Pada hari ini, kita tahu bahawa parti pembangkang menggunakan banyak taktik dan cara untuk mengaburi pemikiran serta mata rakyat, pendekatan yang mereka guna orang kata agak luar biasa sebab itu soal ini berbangkit dan timbul masalah kepada kita.
“Sebenarnya masalah yang dihadapi BN dan kerajaan kita pada hari ini ialah berkaitan isu persepsi kerana ada satu jurang antara realiti dan keadaan persepsi yang dibangkitkan oleh parti pembangkang.
“Kadangkala rakyat terpinga-pinga sama ada betul atau sebaliknya isu yang dibangkitkan pembangkang ini kerana pembangkang pandai putar-belit selain membuat berita tidak betul dan sering fitnah.
“Oleh itu, adalah amat penting untuk jentera penerangan parti komponen turun padang dan menjelaskan kepada rakyat fakta sebenar supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata fitnah pembangkang,” katanya.
Memang betul apa yang dikatakan oleh TPM ini. Sejak berakhirnya PRU 12, jentera penerangan BN seolah olah lesu atau perlahan didalam menangkis tohmahan pembangkang. Sehingga satu tahap, aku rasa macam tak berfungsi langsung jentera penerangan BN ni.
Walaubagaimanapun keadaan mula berubah apabila pejuang siber pro BN mula menjawap dan membongkarkan rahsia rahsia gelap pembangkang sehinggalah pembangkang semakin tertekan.
Kemuncak hancurnya keyakinan pembangkang adalah ketika pendedahan rakaman video seks yang katakan dilakukan oleh pakcik Anwar bersama seorang pelacur cina. Pendedahan ini dibuat oleh seorang rakan karib pakcik Anwar dan sehingga kini pakcik Anwar gagal untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
Bukan itu saja, pejuang siber pro BN juga berjaya mendedahkan fitnah Chegu Bard mengenai isu cincin Rosmah, isu kapal selam, fitnah DS najib dengan Altantuya dan banyak lagi. Kejayaan pejuang siber pro BN berjaya menutup mulut dan mematikan langkah pembangkang didalam mengatur strategi menghadapi PRU. Sehinggakan pembangkang akhirnya hilang kewarasan hingga terpaksa menggunakan jalan kekerasan dengan melakukan rusuhan dijalanan.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
3 comments:
Umno dah guna segala media utk memburukkan pembangkang tetapi rakyat
tidak percaya, kenapa ?
Sebabnya tindakan keterlaluan telah menyebabkan rakyat benci, begitu juga berkaitan tulisan blogger umno, menulis secara membabi buta, disertakan gambar yg sudah diubah suai menjadikan semuanya temberang, ternyata pihak yg mengupah blogger umno hanya kerja sia-sia.....
umno guna semua media? habis pembangkang x guna media mereka ke? kenapa? tak percaya?
umno tak payah susah payah nak tanam kebencian rakyat pada pembangkang. rakyat sendiri memang benci pun. lainlah dengan korang..korang memang dah ditarbiah supaya membenci umat islam yang x sokong korang.
guna gambar uahsuai? wahaha lawaknya. patut ko yang tanya benda tu pada blogger ko sendiri..
KEHKEHKEH ANON KAT ATAS TAK PECAYE HJ HADI KUAR STETMEN ORG ISLAM BLEH DEDAH SALAH LAKU PEMIMPIN YANG TAK BERMORAL MCM ANUWAR BROO..TP ADE KE DIORANG NK PECAYE?..JGN HARAP LERR..FATWA MERAPU BAPAK KAPIR GAK DIORANG PECAYE KEHKEHKEH ADOIYAIII
Post a Comment