Geng Bas Sekolah

June 27, 2012

Malaysia Selamat - WTF


Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.

“Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace Index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Katanya, sehubungan itu, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.


Malaysia selamat ke? Negara yang ada pengikut dajal, negara yang ada penyokong illuminati bertopengkan agama islam, negara yang ada pengikut komunis cauvinis ni boleh dikira selamat?

Kanak kanak kena rogol, kena bunuh masih boleh dikira selamat? Orang boleh menembak sesuka hati, meragut, simbah asid boleh dikira selamat? Banyak mat rempit, kaki gam, kaki ganja boleh dipanggil negara selamat?

Aku rasa pak menteri ni tak berjalan tengah bandar waktu malam kot. Kalau berjalanpun naik kereta mewah diiringi peronda. Cuba jalan kaki menyelusuri kaki lima, lihatlah betapa banyaknya masalah sosial, banyak pendatang asing berkumpul membentuk komuniti sendiri yang boleh mengundang kepada jenayah.

Aku tak lama dulu berjalan berpusing mengelilingi Chow Kit melihat suasana disana. Begitu banyak pusat judi berselindung disebalik nama kafe siber dibuka sampai pagi atau mungkin 24 jam. Banyak pendatang asing terutama orang Indon berkumpul sehingga boleh menjadi satu kampung kat situ.

Remaja termasuk kanak kanak melepak sampai pagi dipusat siber main game, pelacur dan pondan bersepah mencari pelanggan. Kaki jual ganja sentiasa ada tunggu pelanggan. Adakah itu masih boleh dipanggil negara selamat untuk rakyat?

Negara yang ada ramai orang gila politik sampaikan fitnah menjadi zikir harian boleh dipanggil negara selamat?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

kenalah faham maksud kajian tersebut... maknanya ada negara lain yang lebih teruk dari Malaysia kita ni.. itu aje.

Bukannya negara kita aman takde jenayah langsung!