Geng Bas Sekolah

June 26, 2012

Tentera Yahudi Zionis Muncul Di Malaysia


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa isterinya menghantar SMS ugutan kepada Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd Ali Baharom.

Menurutnya, beliau sendiri membaca SMS yang dihantar isterinya kepada Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai "Ali Tinju" dan menyifatkan ia bukan berbentuk ugutan.

"Isteri saya dengan Ali Tinju ini satu kampung dan kenal antara satu sama lain walaupun bukan saudara.

"Saya tanya isteri saya berapa SMS yang Ali hantar, dia cakap 16 SMS dihantar. Ali Tinju ini perangai, dia akan hantar SMS kepada semua orang, termasuk isteri saya. Jadi, isteri saya hantar SMS untuk nasihatkan Ali, tetapi Ali hanya petik satu ayat sahaja daripada SMS isteri saya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid turut menyangkal dakwaan Mohd Ali bahawa beliau tidak berada di Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini kerana bercuti di kem komando Mersing.

"Mana ada, dalam jadual saya tidak pergi pun ke Mersing pada tarikh itu. Jangan tipu media, jangan tipu rakyat. Kalau nak berkhidmat kepada bekas tentera, berkhidmat dengan jujur.

"Sekiranya dia nak buat demo secara aman, itu hak dia, saya serahkan keputusan pada dia," katanya.

Mohd Ali memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM dan mengugut sekiranya gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat beliau.

Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.

Beliau turut menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.


Bila dah dekat PRU makin banyak puak puak datang mintak macam macam. Ntah dari ceruk mana tiba tiba minta tuntutan pelik pelik. Dunia dah nak kiamat lagi dorang kejarkan duniawi. Pelik aku manusia macam ni.

Nama Ali Tinju konon. Namapun poyo je pakcik ni. Bajet hot ler agaknya tu. Kalau dah rasa power sangat baik pakcik pergi Palestin sana perang dengan yahudi. Ini memekak sana sini, ntah apa apa. Apasal takut ke? Takut kena sergah dengan pakcik Anwar ler tu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: