Geng Bas Sekolah

June 20, 2012

Lynas Disahkan Selamat

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP memutuskan projek nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan, boleh dibenarkan beroperasi dengan kawal selia berterusan oleh agensi penguat kuasa.

Bagi tujuan itu, kerajaan dicadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan yang dianggotai agensi berkaitan dengan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) serta pakar bertauliah.

Ia antara 31 syor yang antara lain mengenai aspek keselamatan terhadap pendedahan sinaran, kesihatan awam, pengurusan residu, alam sekitar, memperkasa agensi penguat kuasa dan makluman kepada masyarakat secara berkesan.

Rumusan dan syor berkenaan terkandung dalam laporan jawatankuasa yang dibentangkan pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi, di Dewan Rakyat, pagi semalam.

Ia diluluskan selepas dibahaskan lebih enam jam. Ketika perbahasan, berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang mempertahankan hujah masing-masing.

Syor lain ialah mengeluarkan lesen Kelas A (Mengilang Peringkat Pengendalian Sementara/TOL) supaya projek itu dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad, tetapi perlu mematuhi semua syarat lazim dan syarat tambahan dalam lesen itu.

Baca selanjutnya di PahangKu




Lynas memang selamat. Malah ahli Parlimen PAS yang juga pakar nuklear telah mengesahkan kandungan radioaktif yang dihasilkan di kilang Lynas tidak merbahaya. Ini kerana kandungan yang terhasil adalah minima dan ianya adalah proses semulajadi.

Selama ini pihak yang menghalang Lynas bukanlah kerana melindungi alam sekitar sebaliknya lebih kepada menghalang ekonomi orang melayu dan juga bermotif politik. Ini jelas apabila terdapat kilang yang sama menggunakan bahan rare earth di Selangor tetapi pihak ini tidak pula mempertikaikan kehadiran kilang tersebut.

Hanya kerana kilang ini dibina di Pahang dimana kerajan BN berkuasa, maka mereka menggunakan pelbagai alasan. Jika kilang Lynas dibina di Selangor ataupun P.Pinang, sudah pasti tidak akan wujud  pertikaian ini.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Jeffry said...

LYNAS MMG SELAMAT PUN. YG TAK SLMT SKANG FUZIAH YG TEKENA RADIASI HENPON YG DIA GUNA HARI2 BROO KEHKEHKEHKEH