Geng Bas Sekolah

June 20, 2012

Beza Pemimpin UMNO Dengan PAS


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihan raya umum 2008 mempunyai hikmah tersendiri.

Ini kerana, kata Timbalan Perdana Menteri, ia dapat memberi peluang kepada rakyat membuat perbandingan antara kerajaan BN dan pakatan pembangkang dalam membawa kemajuan.

Muhyiddin berkata, rakyat boleh menilai antara kemampuan BN dengan kerajaan Pas Kedah dalam soal membawa kemajuan dan menunaikan janji-janji kepada rakyat.

Beliau berkata, kesungguhan BN dalam melakukan pelbagai pembangunan amat jelas sedangkan kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh Pas, gagal membawa apa-apa kemajuan yang dijanji oleh parti itu sebelum ini.

"Selepas empat tahun Pas memerintah di Kedah, apa nikmatnya kepada rakyat Kedah? Apa nikmat yang melimpah ruah yang dijanjikan kerajaan Pas Kedah yang dinikmati oleh rakyat negeri ini? Mana dana-dana? Mana bekalan air percuma?.

"Ada hikmah bila berlaku perkara ini, baru boleh nilai mana lebih baik dan mana yang tak baik," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Felda Lubok Merbau di sini hari ini.


Tengok TS Muhyiddin Yassin. Rileks je walaupun UMNO kecundang kat Kedah. Beliau terima semuanya dengan hati yang terbuka. Kerana semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t. Beliau percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Tapi berlainan pula dengan puak pembangkang terutama puak PAS. Kalah je terus mengamuk tak tentu arah, salahkan orang sana sini, cakap SPR menipu, tuduh wujud pengundi hantu, cakap hantu Altantuya taknak tolong PAS oppss hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: