Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur hari ini mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan sebuah syarikat pemaju swasta yang ‘menceroboh’ jalan masuk utama ke kampung mereka bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah pangsapuri dan pusat komersial.
Pengerusinya, Zarul Yusof berkata, lebih 26 keluarga di Kampung Pokok Asam itu kini menghadapi masalah kerana jalan harian yang digunakan mereka turut digunakan oleh pemaju sehingga menyebabkan jalan mengalami kerosakan.
“Pemaju tidak pernah berbincang dengan kami tentang laluan lori keluar masuk sebaliknya merancang pelan jalan yang melibatkan lot-lot tanah bersebelahan dan kemudiannya terus mengedarkan surat pemberitahuan peguam mereka kepada penduduk.
“Projek itu dijalankan tanpa memikirkan keselamatan penduduk dan apabila timbul masalah, pemaju mahu menggunakan lot-lot tanah bersebelahan pula," katanya selepas mengetuai kira-kira 50 penduduk berdemonstrasi secara aman di hadapan tapak projek itu di sini.
Zarul berkata, apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) boleh meluluskan projek itu kerana terdapat beberapa kriteria yang tidak dipenuhi oleh pemaju.
“Antaranya kami meragui sistem perparitan yang akan dibina oleh pemaju kerana tiada jalan keluar manakala laluan yang dibina pula terlalu sempit dan jika berlaku kecemasan, kenderaan bomba dan ambulans sukar untuk masuk.
Sementara itu, Hazlina Md. Ibrahim berkata, penduduk turut kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Oii yang bersikap lepas tangan dalam hal itu.
“Dia sebelum ini berjanji akan memastikan penduduk kampung tidak diganggu dengan projek itu dan akan jumpa kami bagi mengatasi masalah tersebut tetapi dia langsung tidak berbuat demikian," katanya.
Sementara itu pembangunan tidak terkawal di Pulau Pinang, khususnya di kawasan berbukit dan pesisir pantai, oleh kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang adalah membimbangkan, kata Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Wong Mun Hoe.
Beliau berkata, pembangunan tidak terkawal yang diluluskan dalam tempoh empat tahun lepas oleh kerajaan negeri juga telah menyaksikan peningkatan bantahan daripada kumpulan-kumpulan penduduk, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Mun Hoe berkata, kumpulan pengguna/aktivis alam sekitar seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka di samping penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek-projek pembangunan seumpama itu.
"Bagi mereka yang tinggal di apartmen dan kondominium dekat kawasan pantai, pemandangan indah mereka akan lenyap selama-lamanya, dan dengan itu, nilai hartanah mereka akan merudum," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kaum ni perangai memang macam yahudi. Degil, sombong dan tamak. Sama macam yahudi. Semua nak dilanggarnya. Tak peduli dah rumah orang, tanah kubur, masjid semua nak dilanggar. Janji dapat duit.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
SUARA MELAYU KAT PENANG DAH KENE GAG DGN UGUTAN PUAK KOMUNIS BROO..GUAN SIYAL ENG TAK PEDULI PUN NASIB ORG MELAYU PENANG. DIA PENTINGKAN DUIT KOPI DARI TOKEY2 CELAKE HARKKKK PTUIHHH KEHKEHKEHKEH
Post a Comment