Geng Bas Sekolah

June 22, 2012

Kerajaan PAS Bina Jirat Cina Ditengah Kampung Orang Islam


Nampaknya keadaan semakin getir di Sungai Kob. Penduduk kampung tidak lagi dapat menahan sabar ekoran kedegilan dan keangkuhan kontraktor bernama Prestavest yang kini telah merompak tanah penduduk kampung untuk pembinaan jalan bertar menuju ke kawasan perkuburan swasta mereka di tengah-tengah perkampungan Melayu di Sungai Kob, Karangan.

Setakat ini, Kerajaan Negeri Kedah tidak mengambil sebarang tindakan selain daripada menyalahkan kerajaan UMNO-BN terdahulu yang kononnya telah meluluskan tanah perkuburan swasta berkenaan, meskipun sebenarnya yang mewujudkan tanah perkuburan swasta terbesar di Asia Tenggara itu adalah Pakatan Rakyat.

Dua perintah mahkamah sebelum ini terutama pada zaman pentadbiran UMNO-BN menyebabkan Prestavest tidak berdaya meneruskan niat mereka untuk meletakkan tanah perkuburan swasta di tengah-tengah perkampungan Melayu Sungai Kob.

Bagaimanapun, selepas Pakatan Rakyat mentadbir Kedah dengan bahagian Selatan Kedah telah 'diserahkan' kepada PKR, inilah yang berlaku!

Maklumat terbaru yang diterima ialah, penduduk kampung telah mendirikan dua buah khemah di jalan masuk ke Memorial Park Sungai Kob. Pemaju tanah perkuburan swasta tersebut telah diberikan kata dua iaitu mengeluarkan semua mesin dari kawasan berkenaan dan menghentikan projek.

Baca selanjutnya disini


Kerajaan Negeri Kedah adalah PAS tapi pentadbiran bahagian selatan diserah kepada PKR. Wahh dah macam dasar British pula PR ni yek. Main pecah dan perintah. Ko ambik tanah sana, aku ambik tanah sini. Pakat pakat buat negeri sendiri. Kepala abah dia buat macam tu.

Dulu PAS kata dorang membangun bersama islam. Tapi sekarang dorang kata membangun bersama KAFIR !!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: