Geng Bas Sekolah

June 21, 2012

Kerajaan Negeri Selangor Tumbang


KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikatakan kembali bergolak berikutan tindakan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menerusi laporan sebuah portal berita propembangkang, 13 Jun lalu yang menggesa supaya Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dipecat.

Dalam laporan itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dinyatakan menerusi twitter minggu lalu menerbitkan semula tulisan di laman sosial menggesa Faekah dipecat daripada jawatannya sejak mengambil alih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 2010.

Tulisan Azmin itu disiarkan menerusi kempen 'Kami Sayangkan PKR' yang dihebahkan melalui laman maya.

Tindakan Azmin seperti yang dilaporkan media itu bukanlah perkara yang menghairankan kerana dia sebelum ini pernah dikatakan tidak sehaluan serta tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mentadbir kerajaan negeri.

Ini kerana, Abdul Khalid dikatakan sering menolak permintaan orang parti itu khususnya dari golongan 'oportunis' untuk mendapat manfaat daripada sebarang pelaksanaan projek daripada kerajaan negeri.

Keadaan inilah yang barangkali memaksa Azmin memberi tekanan kepada Abdul Khalid sebelum ini sehingga membawa kepada perletakan jawatan Pengerusi PKR Selangor oleh Abdul Khalid dan digantikan oleh Azmin sendiri pada 2010. Begitu juga dalam soal gesaan Azmin agar Faekah dipecat daripada jawatannya yang didakwa mempunyai kaitan yang serupa.

Baca selanjutnya di PahangKu


Cerita "perang dingin" antara Azmin dengan Khalid Ibrahim bukanlah satu cerita baru. Ianya sudah bermula sejak Khalid menjadi MB Selangor lagi. Kemudian apabila Khalid enggan menurut arahan Azmin didalam isu tertentu, menjadikan Azmin semakin benci dengan Khalid.

Cita cita Azmin hendak menjadi MB Selangor bukanlah satu rahsia dikalangan oranng dalaman PKR. Malah agak mengejutkan juga apabila "anak emas" pakcik Anwar tidak dilantik menjadi MB sebaliknya orang lain. Sedikit sebanyak sudah pasti Azmin agak terasa. Apatahlagi sokongan kak Jijah kepada Khalid membuatkan Azmin semakin tertekan.

Tak mustahil PRU nanti kerajaan PKR akan tumbang dengan sendirinya. Apatahlagi sudah ramai ahli PKR yang meninggalkan parti menyebabkan jentera parti semakin pincang manakala PAS juga sudah mengendurkan sokongan kepada PKR sejak akhir akhir ini.
  
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

SUHAIMI KETUA PENERNGAN PARTI GAY SINDIR ANUWAR SUPAYA TUKAR MERIAM TUA. TAPI DIA TAK BERANI NAK SENTUH TOTEY ANUWAR SBB TAKUT KENE LIWAT DGN MERIAM ANUWAR PLAK NANTI! KEHKEHKEH ADOIYAIIII

Anonymous said...

BELUM TUMBANG BARU BERGEGAR JE,X LAMA PULIH LE TU, PEMIMPIN BELUM PERGI PUN SUDAH BERBARIS SEDIA MENUNGGU UTK JADI PENGANTI,INI KAN PULA SUDAH PERGI, PAGI PERGI BELUM PETANG SUDAH ADA PENGANTI.