Geng Bas Sekolah

June 26, 2012

Dinar KGT Tiada Ciri Islam


Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT), Nik Mahani Mohamad mendakwa, mata wang syariah dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki Islam.

Nik Mahani mendakwa, sepanjang berada dalam syarikat tersebut sejak tahun 2008 sehingga awal tahun ini, beliau mendapati KGT lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk memperkenalkan sistem kewangan yang menghapuskan riba secara keseluruhannya.

Malah, beliau yang pernah membentangkan kertas di satu forum dinar emas peringkat kebangsaan pada tahun 2006 mendakwa, fungsi dan peranan KGT dalam menguruskan jual beli dinar tidak ubah seperti syarikat-syarikat yang mengeluarkan syiling emas konvensional iaitu mementingkan keuntungan.

"Saya ingin nyatakan di sini, jangan terpedaya dengan kenyataan bahawa KGT adalah memperkenalkan mata wang syariah kerana sejak daripada awal mata wang syariah perlu diletakkan di bawah sultan atau baitulmal.

''KGT sebenarnya ditubuhkan oleh dua orang, kemudian saya dipanggil untuk membantu sebelum saya 'ditendang' apabila mereka mendapati saya tidak berguna lagi.

"Syarikat ini ditubuhkan untuk mendapatkan keuntungan, kalau di bawah baitulmal mereka tidak boleh mendapatkan keuntungan, jadi apa KGT buat ialah menjual dinar dan dirham melalui ejen atau wakalah, sekiranya baitulmal yang menempa dinar atau dirham maka rakyat boleh membelinya pada harga kos, maka tidak ada elemen keuntungan," dakwanya.


Tengoklah parti mana yang buat dinar tu. Kalau dah parti Abdullah Bin Ubai mestilah tak ada nilai islam. Parti munafik mana ada nilai islampun. Menipu umat islam disebalik jubah dan serban je adalah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

KEHKEHKEH PASRAEL NK JADI EJEN PENYANGAK DINAR ANTARABANGSA PLAK BROO..KLU TAK MENIPU BKN PASRAEL NAMENYEEEE HUHUHUHU