Nyatanya, Anwar tidak berapa gemar dengan apa yang berlaku berkenaan isu Tunku Aziz dalam DAP. Sebagai orang lama dalam politik, Anwar tahu bahawa DAP sudahpun gagal untuk menguruskan isu Tunku Aziz dengan baik. Lim Guan Eng, sudah menjadi ‘monster’ – yang tidak tahu menghormati orang lain – dan ini akan menyusahkan politik Pakatan Rakyat dalam jangka masa panjang.
Setakat ini, tak ramai yang boleh dan mampu menasihatkan Guan Eng. Dia sudah terlalu bongkak dan sombong sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Padanya, jawatan yang tidak pernah mampu diperoleh mana-mana pemimpin DAP yang ada sekarang adalah bukti bahawa dia adalah ‘knight’ istimewa dalam DAP. Oleh yang demikian, dia mesti diberikan kedudukan yang istimewa dan apa sahaja yang dikatakannya mesti dituruti.
Anwar memang sudah mula rasa tidak selesa dengan Guan Eng. Bukan baru. Masa zaman Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri lagi, Anwar sudah nampak bahawa Guan Eng adalah different breed of political animal.
Tunku Aziz pada hakikatnya sudah dikenalpasti oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) sebagai individu yang boleh diangkat sebagai Chariman parti DAP bagi menggantikan Karpal. Dinasti Lim sudahpun memaklumkan kepada Anwar bahawa Karpal sudah tidak lagi relevan dalam politik DAP. Anwar tidak memberikan sebarang komen dan enggan mencampuri urusan dalaman DAP. Ya, memang benar, Karpal adalah peguam Anwar – namun itu semua dilakukan di atas keadaan profesional. Non issue. -Gelagat Anwar
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
KDG2 PELIK GAK ORG YG BERPELAJARAN TINGGI PUN X DPT BEZAKAN YG MANA BATU KERIKIL YG MNA BATU CINCIN..TP KIRE NASIB BAIK LER TUNKU DAH BUKAK MATE..ASYIK KEJE CEBOK BERAK KENCING VAVI 2 EKOR TU JEK KEHKEHKEH
Post a Comment