Geng Bas Sekolah

May 6, 2012

Saifudin Nasution Tidak Takut Azab Neraka


PKR melalui Saifudin Nasution bermati-matian menuduh Datuk Wan Ahmad Wan Omar Timbalan Pengerusi Pesuruhjaya Pilihanraya(SPR) adalah ahli Umno sehingga menyebabkan ramai peserta Bersih terdiri dilakalgan mahasiswa merusuh kerana kononnya SPR adalah menyebelahi UMNO.

Tetapi semua itu hanyalah satu penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Saifuddin supaya membangkitkan rasa benci rakyat terhadap SPR dan UMNO.

Apa yang didedahkan oleh PKR adalah nama Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.


“Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad seorang peniaga kedai makan

Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.

“Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya.

Pada 26 April lalu satu Malaysia kecoh apabila PKR melalui Saifuddin mendakwa Datuk Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ahli Umno lalu mencabar kedua-duanya membuat penafian sebelum beliau mendedahkan lebih terperinci maklumat keahlian mereka.

Saifuddin turut desak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad lepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali.

Saifuddin turut sertakan maklumat bahawa Wan Ahmad bin Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03- 5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

Apabila ditunjukkan kepadanya maklumat itu, Wan Ahmad berkata: “Ia berkaitan dengan diri saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR.”

Datuk Wan Ahmad dalam satu kenyataan 3 Mei lalu nafi beliau ahli Umno sekali gus menuntut Saifuddin mohon maaf secara terbuka.

Saifuddin dalam susulan sehari kemudian, pertahan dakwaan itu dengan akui sudah kemukakan ‘bukti’.

“Saya tak peduli dengan penafian dibuat. Saya telah kemukakan bukti. Jika bukti saya salah, kemukakan yang benar. Itu persoalan utama,” kata Saifuddin dengan sombongnya. - Sungai Rapat Online


Saifudin ni adalah contoh manusia yang zalim. Langsung tak takut membuat fitnah malah berbangga dengan kejahatan yang dibuat. Kerana politik, Saifudin sanggup mencampak dirinya kedalam neraka.

Semoga kisah Saifudin ini menjadi iktibar kepada kita semua. Janganlah menyokong dan mengundi mereka yang suka membuat fitnah dan kezaliman. Kelak kita semua mendapat bala kerana bersubahat dengan mereka.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

SAIPUDIN MMG SKE KENCING MERATA BROO..DOSE PAHALE DAH X PEDULI ASAL MASYUKKK KEHKEHKEH

Anonymous said...

Sepatutnya Dato Wan Ahmad saman je saifuddin..biar muflis terus... menjatuh maruah org aje kerja