Geng Bas Sekolah

May 7, 2012

Anwar Jauh Lebih Zalim Dari Hitler


SELEPAS menghadapi tekanan daripada rakyat dan pelbagai pihak ekoran keganasan perhimpunan haram Bersih 3.0, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menjadi tak keruan.

Kerana tiada lagi hujah dan alasan konkrit yang boleh beliau beri, Anwar pada satu sidang akhbar mendakwa kerajaan telah bertindak seperti diktator Adolf Hitler dan Joseph Stalin dalam menangani Bersih 3.0.

Awang hanya senyum. Anwar seperti biasa cuba mengalihkan isu kemarahan rakyat terhadap beliau, dengan menyalahkan pula kerajaan dan polis.

Perhimpunan tersebut menyerlahkan lagi agenda jahat Anwar. Daripada keengganan beliau untuk berhimpun di kawasan lebih sesuai seperti di stadium hinggalah kepada menghasut, boleh dinilai oleh rakyat.

Paparan video bagaimana beliau memberikan isyarat agar peserta Bersih merempuh Dataran Merdeka, membuktikan lagi hakikat itu. Anwar boleh asyik berbohong tetapi bukan semua pembohongan beliau akan bertahan lama. Kebenaran akan tetap muncul akhirnya.

Apabila beliau menyebut soal Hitler dan Stalin, ia hanya membuka pekung diri sendiri. Pada Awang, sebenarnya Anwar mempunyai sebahagian ciri-ciri pada kedua-dua tokoh tersebut. Beliau diketahui suka mendesak dan memanipulasi pihak lain untuk kepentingan sendiri.

Nafsu untuk berkuasa begitu luar biasa, sama sifatnya dengan Hitler dan Stalin. Anwar tidak boleh ditegur dan dikritik dan sebab itu sudah puluhan pemimpin PKR meninggalkan beliau. Wajah Anwar yang makin keruh sekarang, pernah hampir sama keruhnya dengan wajah Hitler ketika detik-detik kejatuhan diktator itu.

Tetapi ada sifat Anwar yang tiada pada Hitler dan Stalin. Kedua-dua pemimpin silam itu tidak pernah terpalit dengan isu gay atau biseksual. Hitler dan Stalin juga tidak mengheret rakyat dengan isu moral dan peribadi sedangkan Anwar tanpa malu mempergunakan rakyat untuk menyelamatkan diri.

Dari segi integriti, Hitler dan Stalin sedikit sebanyak boleh dipuji. Hitler misalnya walaupun dianggap diktator hanya memiliki wang 180,000 reichsmark sahaja di dalam tabungnya. Itu semua diperolehi daripada penjualan buku dan gajinya selama 12 tahun. Dia tidak pernah mengambil wang negara dan mengagihkannya kepada kroni-kroni.

Di Malaysia, Anwar dianggap pemimpin nombor satu dalam membina empayar kroni ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Hitler dan Stalin juga dikenali sebagai individu yang susah bercakap bohong tetapi reputasi Anwar dalam hal itu diketahui umum. Belum lagi berkuasa di Malaysia, Anwar Ibrahim sudah menjangkaui rekod Hitler dan Stalin.


Anwar ni memang manusia rakus tamak haloba. Sebab itu dia memang tidak layak menjadi PM dimana mana negara dalam dunia ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

DIA PUN TAK LAYAK JADI MANUSIA BROO KEHKEHKEHKEH