Seperti yang saya kata pagi tadi, Rafizi Lembu datang semalam bukannya dia nak berdebat pasal PTPTN pun dengan KJ. Dia nak ambil kesempatan diatas siaran langsung untuk berceramah menghentam BN dan menonjolkan dirinya.
Malah lebih teruk lagi dia sanggup berbohong sebagaimana dia kantoi dengan KJ semalam berhubung apa yang dia kata pendidikan percuma di Turki.
Dalam ceramahnya semalam Rafizi Lembu memuji negara Finland kerana memberi pendidikan percuma. Dia juga kata cukai di Finland lebih rendah dari Malaysia. Mengikut seorang pembaca yang hantar komen , apa yang dikatakan Rafizi Lembu itu tidak benar. Katanya cukai di Finland lebih tinggi dari di Malaysia. Saya tak berani nak komen lagi mengenai perkara tersebut kerana saya tak jumpa nas-nasnya lagi.
Apa yang saya nak kongsikan bersama anda adalah mengenai Finland yang tidak diceritakan sepenuhnya oleh Rafizi Lembu malam tadi.
Rafizi kata Finland bagi pendidikan percuma, manakala Malaysia pula penuntut perlu buat pinjaman PTPTN.
Sekarang mari kita lihat perbezaan antara Finland dan Malaysia dan kenapa mereka boleh beri pendidikan percuma…
Merdeka
Finland – 1917
Malaysia – 1957
Bilangan Rakyat
Finland – 5,375,276 (2010)
Malaysia – 27,565,821 (2010)
Pendapatan Negara Kasar
Finland – USD 253 bilion (2010)
Malaysia – USD 242 bilion (2010)
* RM 727 bilion / 3.0 = USD 242b
Inilah yang KJ katakan Rafizi Lembu berceramah kemudian bandingkan apel dengan rambutan.
Finland yang merdeka 40 tahun lebih awal dari Malaysia dan sebuah negara maju serta dikelilingi negara maju dan berada EU, maka sudah tentulah mereka mempunyai pendapatan yang baik dan mampu memberi pendidikan percuma.
Sebab apa dia mampu beri pendidikan percuma ?
Sebab rakyatnya hanya 5 juta….
Kita pula rakyat 27 juta…..
Cuba anda bayangkan dengan hanya rakyat 5 juta, berapa kerat sangat yang masuk universiti setahun ? Bolehlah mereka percuma.
Kalau Malaysia yang berada di tempat Finland dengan pendapatan dan rakyatnya seperti itu, jangan kata beri pendidikan tinggi percuma , kereta , rumah sampai ke bini atau laki pun kerajaan BN boleh bagi percuma.
Pendidikan yang tak percumanya di Malaysia hari ini adalah pendidikan tinggi. Pendidikan rendah dan menengah semuanya percuma. Pendidikan tinggi pun masih ada harapan untuk dapat percuma, dengan syarat pelajar lulus dengan baik. Segala pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa. Kalau belajar setakat kelas Adam Adli dan Khalid Ismeth ataupun geng-geng semahasewelnya, jangan haraplah nak dapat percuma.
Kadangkala saya pun terfikir juga bahawa kerajaan BN yang perintah negara hari sebenarnya pelik. Apa tak peliknya, kalau dari lubang rahim ibu hingga ke lubang kubur semuanya boleh dapat bantuan kerajaan. Di Finland apakah anda ingat rakyatnya boleh lahir anak di hospital dengan bayaran belasan ringgit sahaja ? Jangan haraplah.
Di Malaysia beranak kena bayar belas-belas ringgit sahaja. Kalau ada duit bayar, tiada duit tak payah bayar. Kemudian bidan pula mari ke rumah periksa anak sihat atau tidak. Siap timbang lagi.
Anak nak membesar cucuk itu, cucuk ini, vitamin itu, vitamin ini, ubat kutu dan macam-macam lagi. Kemudian masuk sekolah pula, dapat duit untuk beli pakaian dan alatan persekolahan. Tak cukup boleh pergi jumpa wakil rakyat. Buku teks percuma, yuran percuma. Dah masuk sekolah, datang pula jururawat dan doktor gigi untuk periksa gigi agar tidak buruk dan siap ajar lagi cara gosok gigi. Sampailah ke sekolah menengah.
Habis sekolah nak masuk universiti, dapat pula pinjaman. Kalau lulus elok pinjaman bertukar jadi biasiswa. Kalau tak lulus kena bayar. Kalau tak boleh bayar datang bincang. Kemudian nak berniaga, berebut peluang-peluang perniagaan dari kerajaan atau swasta. Dapat projek kerajaan atau swasta , tiada duit nak buat modal, boleh pula pinjam dengan kerajaan. Dah habis projek dapat bayaran, duit yang dipinjam dipulang balik dengan jumlah yang dipinjam, kalau ada pun sedikit caj pentadbiran. Duit untung kau dapat semua, kerajaan tak minta pun.
Ish…ish…ish….kalau nak cerita satu persatu tak habis beb…. Bila dah bertaubat nak pergi haji, bayar RM 10 ribu sahaja. RM 4 ribu subsidi pula.. Bila dah tua dapat pula bantuan JKM. Mati pula, kalau tiada duit nak uruskan jenazah tidak menjadi masalah. Wakil rakyat atau wakil-wakil kerajaan berada dimana-mana sahaja untuk menolong.
Itu belum lagi dikira subsidi beras, gula , minyak , susu dan barangan subsidi lain lagi.
Satu lagi tertinggal , duit BR1M pun boleh dapat….
Opsssss satu lagi, FELDA…FELDA….itu anda huraikan sendirilah apa benda yang peneroka dapat dari mula mereka masuk ke tanah rancangan sampai ke hari ini.
Pendek kata di Malaysia ini tiada orang mati tak makan, melainkan mati terlebih makan. Mewahnya kita hari ini kerana duit senang dapat sekarang ini.
Hari ini Tabung Haji Travel bawa orang pergi umrah bukan lagi guna penerbangan komersial. Tak cukup tempat duduk dalam penerbangan komersial . TH Travel kena sewa sebiji kapal terbang khusus untuk bawa orang Malaysia pergi umrah. Begitulah gambaran banyaknya duit orang Malaysia hari ini sampaikan berduyun-duyun orang boleh pergi umrah.
Tetapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak reti bersyukur dengan kenikmatan yang kita kecapi. Cuba undurkan kebelakang balik dan renungkan kehidupan kita 10 , 20 , 30 ,40 atau 50 tahun yang lampau. Apa yang kita ada dan bagaimana kehidupan kita pada masa itu dan apa yang kita ada serta kehidupan kita masa kini.
Adakah benar kerajaan yang memerintah negara hari ini zalim, kejam dan kuku besi sehingga mereka layak dipanggil regim ?
Kalau ikut cerita Anwar ekonomi negara ini akan hancur sejak sehari selepas dia dipecat September 1998. Dah 14 tahun dia ulang cerita yang sama, ekonomi teruk, rasuah, penguasa zalim , kejam dan sebagainya. Tapi Alhamdullilah sehingga ke hari ini rakyat dan negara Malaysia semakin hari semakin maju dan hidup rakyat pun semakin bertambah baik dari tahun ke tahun.-RBF
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
7 comments:
Assalamualaikum ,
Dalam keghairahan untuk memaparkan komen dan berita dalam blog,jangan lupa merenung nasib yang dikau bakal lalui di akhirat kelak.Tunjangilah berita mu itu dengan akhlak dan peradaban yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah.Berita yang belum pasti kebenarannya ,usah disebarkan kerana dibimbangi kelak akan melontarkan diri-mu ke neraka "Hawiyah" yang paling hebat seksaannya.
Tanyalah diri sendiri,bilakah kali terakhir dikau mendampingi alim ulamak,bilakah kali terakhir dikau membaca ayat-ayat al-quran dan mengkaji maksudnya,bilakah kali terakhir dikau menghadirkan diri ke majlis ilmu? Jika masih jauh ketinggalan,hadirkanlah dirimu ke majlis ilmu dan berlapang dada utk menerima ilmu Allah Yang Maha Luas.Insya-Allah,di hujung usahamu ,akan kau temui jawapan bagi kemelut politik yg serba kucar kacir ini.
http://amenoworld.blogspot.com/2012/05/kedutaan-turki-menjawab-tuduhan-kj-dan.html
Assalamualaikum
Saya lukman ismail, news editor di Utusan Malaysia yg juga handle kolum Suara Blog. Saya tertarik dgn blog anda yg saya kiraia cetusan suara anak muda sebenar tentang politik tanah air.
Boleh tak hubungi saya @ 03-92217055? Emm... sebaiknya selepas 15 Jun (saya akan bercuti selama 3 minggu)
anon: tq
lukman: selepas 15 jun? insyaallah
tertarik dengan blog kamu!! sebab nye semua nye bernas kot... senang dibuat berdebat la... huhuhu... tolong jgn mrah..sebab saya ambik sikit2 dr awk punye blog dijadikn isi untuk berdebat dengan orang yg STILL X PAHAM BAHASE~ hehehehe....
Post a Comment