Geng Bas Sekolah

May 25, 2012

Ketua Dewan Ulama PAS Tolak DAP


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menegaskan bahawa beliau menentang sebarang usaha untuk melonjakkan kalangan bukan Melayu atau bukan Islam menerajui negara ini.

Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tentunya akan terus memastikan ia tidak akan berlaku.

Katanya, hanya orang Islam yang layak dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini pada masa akan datang.

Beliau mengakui cubaan ke arah itu timbul kerana dalam Perlembagaan tidak menyatakan jawatan Perdana Menteri hanya khusus kepada pemimpin Melayu.

“Saya tak setuju dan bantah kalau orang bukan Melayu atau bukan Islam menjadi Perdana Menteri, malah Pas sendiri, sebagai sebuah parti Islam hanya mahukan orang Islam yang jadi pemimpin (Perdana Menteri).

"Ini kerana, dalam Perlembagaan negara, ia tidak sebut hanya orang Melayu boleh jadi Perdana Menteri. Di sinilah yang menjadi masalahnya dan saya memang tidak bersetuju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Datuk Harun Taib ni ada masanya ok, ada masanya tak berapa nak ok. Tapi kali ni kira dia oklah sebab dia sedar apa kehendak sebenar DAP. Cuma kenapa pemimpin tertinggi PAS seperti Hj Hadi dan juga Nik Aziz tak mahu cakap apa apa. Takut kena sergah dengan DAP lagi ke?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: