Geng Bas Sekolah

May 19, 2012

Muzakarah Nik Aziz Hanya Gimik Politik Murahan


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.

Katanya muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.


Aku dah agak dah. Cakap orang tua ni memang tak boleh pakai. Mesti ada muslihat disebalik setiap yang dikatakan. Senang cakap orang tua ni memang tak jujur. Orang tua ni sendiri yang kata nak muzakarah dengan UMNO tapi dia boleh letak syarat pulak. Patutnya UMNO yang letak syarat tapi ini terbalik. Dia pulak yang mintak. Apa kejadahnya itu.

Oklah kita tengok syarat dia.

Suruh tukar dasar, hahaha itu trick lama dia. Kononnya dia jelah islam. PAS sendiri tak berani nak sebut islam, ada hati nak berlagak parti dia je parti islam dalam dunia ni. Pigirah politik je lebih orang tua ni.

Ok syarat yang kedua, UMNO pulak kena masuk pembangkang. Habis tu tak adalah demokrasi lagi kalau hanya ada Kerajaan, tapi tak ada pembangkang. Dan tiada lagi pilihanraya sebab hanya ada satu parti atau pakatan.

Licik sungguh permainan politik orang tua ni. Dia tahu pembangkang akan kalah teruk, last last dia mintak UMNO pulak join pembangkang. Patutnya serban dia tu jangan lilit atas kepala tapi lilit kat kepala lutut sebab selalu idea merepek.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

3 comments:

Anonymous said...

Bau macam tahi jer...!!

Anonymous said...

KEHKEHKEH PAS MINTAK UMNO GADAI AKIDAH MCM DIORANG. JADI HAMBA ABDI PAS PKR SAMPAI MATI!!..HARKKK PTUIHHH

UMNO PARTI PENJARA said...

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'